BM | EN | 中文

Jadikan Al-Quran sahabat abadi – Asatizah AMANAH Johor

Ustaz-Azam-Razak.png
Advertisement

MERSING, 29 APR: Sempena dengan sambutan hari Nuzul Al-Quran hari ini, umat Islam di negara diseru untuk menjadikan Al-Quran sebagai sahabat abadi.

Pengarah Hal Ehwal Syariah Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Mohd Azam Razak dalam ucapannya bersempena hari kebesaran umat Islam itu menyatakan bahawa Al-Quran bukan sahaja dibaca malah didalami isinya.

Katanya, Al-Quran adalah asas utama bagi umat Islam dalam menjayakan hidup sebagai manusia yang berguna melalui tuntutan agama.

Advertisement

“Al-Quran adalah wahyu dari Allah kepada umat manusia dan bersempena hari memperingati Al-Quran yakni Nuzul Al-Quran ini kita mengajak seluruh umat Islam di negara ini menjadi Al-Quran sebagai asas serta panduan hidup.

“Setiap bacaan kita akan dicatat sebagai amalan ibadah yang tinggi di sisi Allah. Saya juga mengajak orang ramai perbanyakkan berdoa agar kita semuanya terhindar dari pelbagai ancaman penyakit yang berbahaya,” kata Mohd Azam.

Beliau turut menyentuh berkenaan pelbagai ajaran yang terpesong dari Al-Quran yang berlaku dalam umat Islam di negara ini.

Advertisement

Selain itu beliau turut melahirkan kekesalan dengan kejadian seperti iklan perjudian yang mencacatkan Ramadan tahun ini.

“Umat Islam dalam negara ini hari ini hidup dalam keadaan yang paling mencabar selain terpaksa menjarakkan saf solat serta pengehadan jemaah di masjid, umat Islam dicabar dengan pencemaran iklan judi raya yang mencacatkan bulan Ramadan yang mulia ini.

“Dalam pada itu, umat Islam diharapkan memperbanyakkan ibadah dan mendekatkan diri dengan Al-Quran sebagai petunjuk mencari kebenaran.

Advertisement

“Saya juga mengajak umat Islam juga perlu berhati-hati dengan golongan yang sentiasa menjadi ayat Al-Quran sebagai barang dagangan demi meraih sokongan mahu pun keuntungan peribadi semata,” ucapnya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top