BM | EN | 中文

Jadi tumpuan pemancing Singapura, Sedili Besar potensi terdedah Covid-19

rasman02.jpg

Rasman (tiga, kiri) ketika hadir Program Info On Wheels Pejabat Penerangan Daerah Kota Tinggi di Sedili Besar, hari ini.

Advertisement

KOTA TINGGI, 12 FEB : Sedili Besar sebagai kawasan tumpuan para pemancing ikan yang turut menarik kehadiran pelancong dari Singapura sekali gus membuka potensi wabak koronavirus (Covid-19) kepada penduduk.

ADUN Sedili, Rasman Ithnain berkata, usaha mendekati penduduk di kawasan pekan Sedili Besar melalui Program Info On Wheels Pejabat Penerangan Daerah Kota Tinggi itu dilihat dapat memberi kesedaran pencegahan awal yang boleh diambil penduduk dari dijangkiti wabak tersebut.

“Saya bersama-sama pegawai penerangan daerah, penghulu, ketua kampung, Majlis Belia Daerah dan pemimpin setempat bergerak memberi penerangan mengenai wabak koronavirus ini kepada penduduk di sini.

Advertisement

“Untuk maklumat kawasan Sedili Besar merupakan kawasan nelayan yang didatangi pelancong luar negara khususnya Singapura untuk memancing.

“Jadi kita lihat melalui program ini sesuai diadakan di sini kerana penduduk Sedili Besar terdedah dengan virus ini kerana setiap minggu pemancing dari negara itu datang ke sini,”katanya kepada JohorKini selepas program tersebut, hari ini.

Dalam pada itu, Pegawai Penerangan Daerah Kota Tinggi, Norasilah Ibrahim berkata, sebanyak 100 risalah berkenaan Covid-19 dan 50 penutup mulut diedarkan sempena program berkenaan.

Advertisement

Katanya, program itu telah dimulakan sejak awal bulan ini dimulakan di bandar Sungai Rengit di mana sehingga kini sebanyak enam program sama telah dianjurkan di sekitar daerah ini.

“Sambutan amat positif. Kebanyakan penduduk tahu tentang wabak ini tetapi langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil tidak tahu.

“Apabila pihak kita menganjurkan program ini mereka mendapat pendedahan apa tindakan yang perlu dan boleh dilakukan,”katanya.

Advertisement

Tambahnya, selain risalah berkenaan Covid-19 turut diedarkan risalah Skim Perlindungan Kesihatan Nasional (my Salam) dan Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top