BM | EN | 中文

Jabatan Pertanian Johor sasar lahir 200 banduan berkemahiran tani

jabatan-penjara-malaysia-kluang-johor.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

KLUANG, 30 MAC: Jabatan Pertanian Negeri Johor menyasarkan untuk melahirkan 200 banduan berkemahiran dalam bidang penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan daripada Penjara Kluang, di sini, dalam tempoh dua tahun.

Pengarahnya, Alang Mad Daud Dawan berkata usaha berkenaan yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Penjara Negeri telah dimulakan sejak November tahun lepas dan kini berjaya melahirkan seramai 23 banduan berkemahiran dalam bidang berkenaan.

Katanya, antara tanaman yang diberi tumpuan dalam program ini ialah cili dan timun dengan hasil sebanyak 200kg cili dan dua tan timun bagi sekali tuaian.

Advertisement

“Dalam program ini, Jabatan Pertanian bukan sahaja mengajar para penghuni penjara menanam dan menuai hasil tanaman, namun mereka turut diajar tentang kepatuhan Amalan Pertanian Baik (MyGap) agar sayuran yang dihasilkan selamat untuk dimakan.

“Buat masa ini, kaedah tanaman ini dijalankan secara konvensional tetapi untuk masa yang akan datang, kita akan mengajar mereka kaedah tanaman sayuran secara fertigasi terutamanya cili,”katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Asas Pertanian Kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Jabatan Penjara Malaysia yang turut dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri Johor, Abd Wahab Kassim di Pusat Reintegrasi Penghunl (PRP) Kluang, di sini, semalam.

Advertisement

Kata Alang lagi, pada masa depan, selain memberi tumpuan tanaman sayuran, pihaknya juga bercadang untuk mengusahakan tanaman nanas bagi penghuni penjara terbabit.

Di samping itu, pihaknya juga kini dalam perancangan untuk menjalankan kerjasama dengan Penjara Simpang Renggam bagi mendidik penghuni penjara itu dalam ilmu pertanian.

“Tujuan kita mendidik dan mengajar penghuni penjara ini dengan ilmu pertanian adalah untuk menjadikan mereka ini mempunyai pengalaman, sekali gus dapat menggunakannya apabila bebas kelak.

Advertisement

“Ini sekali gus memastikan mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama dan tidak mustahil dengan ilmu ini, mereka juga boleh menjadi usahawan berjaya,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top