BM | EN | 中文

Jabatan Perikanan Johor sasar 20,000 telur penyu didarat di kepulauan Mersing pada 2022

penyu-kepulauan-mersing-Samsolbari-Jamali-pulau-tinggi.jpg

Gambar Ehsan FB penyu kepulauan mersing Samsolbari Jamali

Advertisement

MERSING, 4 OKT: Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Samsolbari Jamali berkata Jabatan Perikanan Negeri Johor (JPNJ) meletakkan sasaran kira-kira 20,000 telur penyu mendarat di negeri ini terutamanya di kepulauan Mersing tahun depan.

Menurut beliau JPNJ juga akan terus memupuk hubungan balk dengan penduduk kampung untuk menjadi mata dan telinga mereka dalam usaha memastikan hidupan liar di lautan itu terus datang ke kepulauan Mersing.

“Hampir 200 penyu mendarat di Johor sepanjang April hingga September setiap tahun. Selama ini kerajaan negeri cuma memperuntukkan sebanyak RM5,000 sahaja untuk membeli telur penyu daripada orang kampung, kemudian ia ditetaskan oleh JPNJ.

Advertisement

“Justeru, sukacita saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan negeri kini memperuntukkan RM200,000 bagi tujuan konservasi penyu ini.

“Kita bukan sahaja dapat mempertahankan konservasi penyu, malah ia juga sumber pendapatan baharu penduduk kampung dengan membeli telur itu daripada mereka,” katanya lapor Bernama.

Sementara itu, Pengarah JPNJ Zainudin Abd Wahab berkata pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 80 pemegang lesen khas pemungut telur penyu pada tahun hadapan.

Advertisement

Secara purata, beliau berkata sebanyak 3,000 telur penyu setahun berjaya dikumpul pihaknya menerusi pemegang lesen.

“Dengan peruntukan yang diberikan kerajaan negeri, semakin bertambah pemegang lesen…lnsya-Allah mungkin lebih 20,000 telur mendarat kita dapat.

“Keutamaan (pemegang lesen) akan diberikan kepada penduduk pulau kerana mereka lebih mengetahui dan tahu di mana tempat penyu itu mendarat,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top