BM | EN | 中文

Jabatan Perikanan Johor keluar 84 surat pengesahan aktiviti rantaian, pemasaran makanan

Penternak-ikan-angkar.jpg

Gambar Hiasan / Ehsan Blog Berita Angin

Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 JUN: Setakat 3 Jun sejumlah 84 surat pengesahan aktiviti rantaian bekalan dan pemasaran makanan serta notis pengoperasian premis yang terlibat dalam aktiviti rantaian makanan dikeluarkan Jabatan Perikanan Negeri Johor (JPNJ)

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata ia merupakan sebahagian Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang memberi manfaat kepada penternak bagi membolehkan operasi ternakan akuakultur diteruskan.

Selain itu katanya, inisiatif bagi membantu meringankan beban penternak adalah melalui pengecualian pembaharuan sijil Good Agriculture Practice (MyGAP) dan Fish Quality Certificate (FQC) sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarakat (PKPB).

Advertisement

“Sijil tersebut merupakan pengiktirafan terhadap ladang-ladang akuakultur yang mengamalkan amalan ladang akuakultur yang baik.

“Bagi pengeluaran sijil kesihatan ikan hidup, JPNJ masih mengeluarkan sijil tersebut seperti biasa bermula 2 April 2020 bagi membolehkan
aktiviti mengeksport ikan hidup diteruskan,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat 3 Jun, 351 sijil kesihatan ikan dikeluarkan dan tiga surat pengesanan dalam aktiviti rantaian bekalan makanan dan pemasaran makanan serta notis pengoperasian pemasaran telah dikeluarkan kepada premis memproses hasil ikan bagi membolehkan operasi diteruskan.

Advertisement

“Saya juga ingin memaklumkan bahawa urusan perkhidmatan JPNJ diteruskan seperti biasa sepanjang tempoh PKPB tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top