BM | EN | 中文

Jabatan Perhutanan Negeri Johor sasar tanam 4 juta pokok dalam lima tahun

Jabatan-Perhutanan-Negeri-Johor.png
Advertisement

KOTA TINGGI, 18 OGOS: Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) menyasarkan 4 juta pokok ditanam dalam tempoh lima tahun bagi menjayakan agenda penghijauan Malaysia menerusi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di seluruh negara menjelang 2025.

Pengarah JPNJ Datuk Salim Aman berkata sebanyak 230,000 pokok melibatkan 43 spesies telah ditanam di Johor sejak kempen itu dilancarkan pada 5 Jan lepas.

“Di Johor, kita menetapkan sasaran sebanyak 4 juta pokok ditanam dalam tempoh lima tahun menjelang akhir 2025 dengan purata 800,000 pokok setahun.

Advertisement

“Sejak program ini dilancarkan, Iebih kurang 230,000 pokok telah ditanam di negeri ini. Di peringkat nasional pula, 13 juta pokok daripada 724 spesis telah ditanam melibatkan 55 agensi dan 3,128 individu,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas melawat aktiviti perolehan biji benih pokok menerusi kaedah memanjat oleh Pasukan Pemanjat JPNJ di Hutan Simpan Panti disini, hari ini.

Beliau berkata, inisiaitf Program Penghijauan Malaysia itu merupakan antara usaha dan komitmen negara di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan berhutan.

Advertisement

Menurutnya, JPNJ bertanggungjawab menyelaras program itu di peringkat negeri serta giat membuat hebahan bagi menggalakkan pelbagai pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan, selain syarikat dan orang ramai untuk turut sama menjayakan usaha itu.

Katanya orang ramai boleti menyertai program berkenaan dengan mendaftar menerusi aplikasi program Penghijauan Malaysia dan mereka turut berpeluang untuk mendapat ganjaran.

Selain itu, Salim berkata fenomena ‘mass flowering’ atau pendebungaan secara besar-besaran yang sedang berlaku di sebahagian besar hutan dipterokarpa di negara ini membantu jabatan itu mengeluarkan lebih banyak anak pokok.

Advertisement

“Penomena ini unik dan jarang berlaku kerana is terjadi selang bebera pa tahun dan bukan pada setiap tahun.

“Jadi dengan fenomena ini sememangnya membantu kita dan jabatan perhutanan negeri lain untuk buat kutipan biji benih dan disemai bagi mengeluarkan lebih banyak anak pokok yang boleh ditanam, sekaligus menyokong program ini,” katanya.

Tambahnya terdapat tujuh tapak semaian di Johor yang mampu menampung sebanyak 272,100 pokok.

Advertisement

Salim menjelaskan antara kaedah kutipan biji benih adalah dengan menggunakan galah bagi pokok rendah iaitu sekitar tiga hingga lima meter; mengutip biji benih yang jatuh secara semula jadi di atas lantai hutan; melastik tali ke dahan bagi pokok tinggi; menggoncang dahan dengan menggunakan tali dan kaedah memanjat yang dilakukan oleh pasukan perolehan untuk menjatuhkan biji benih.

Beliau berkata pihaknya juga sentiasa menjalankan pemantauan bagi mengenal past pokok-pokok yang berbunga di Hutan Simpan Kekal untuk dilakukan aktiviti pengumpulan biji benih.

“Kita akan buat pemantauan di lapangan dan kakitangan yang melakukan kerja-kerja di hutan simpan akan melaporkan kepada pasukan perolehan bagi kutipan anak benih.

Advertisement

“Selain itu, kita juga menggunakan sistem e-Forgis iaitu pangkalan data dan maklumat pokok akan dimasukkan ke dalam sistem itu, selain pemantauan dengan menggunakan dron,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top