BM | EN | 中文

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor tawar jawatan pembantu tadbir kontrak program vaksin

masjid_selangor.jpg

Grafik Ehsan SelangorKini

Advertisement

SHAH ALAM, 17 APR: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menawarkan jawatan kosong kontrak sebagai pembantu tadbir (N19) di bawah Program Imunisasi Kebangsaan.

Jabatan itu menjelaskan tawaran tersebut terbuka kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas di bawah Program Pekerjaan Jangka Pendek (MySTEP) bagi 2021.

“Pemohon mestilah berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setaraf dengannya oleh kerajaan dengan tawaran gaji RM1,600 sebulan.

Advertisement

“Tempoh kontrak sehingga 31 Disember 2021 dan akan di tempatkan di JKNS,” katanya, lapor SelangorKini.

Tambahnya, individu yang layak boleh mengemukakan resume beserta gambar berwarna dan salinan sijil berkaitan ke e-emel ctzawiah@moh.gov.my pada atau sebelum 23 April jam 2 petang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top