BM | EN | 中文

Jabatan kesihatan nafi rakaman video tular novel koronavirus di kawasan Desa Tebrau

corona-virus-01-scaled.jpg

JKNJ menafikan kenyataan dan rakaman video tular di media sosial berkenaan novel koronavirus di kawasan Desa Tebrau.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 FEB : Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan kenyataan dan rakaman video tular di media sosial berkenaan novel koronavirus di kawasan Desa Tebrau.

JKNJ menerusi satu kenyataan di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Johor menyangkal dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali.

“Pihak JKNJ telah membuat laporan polis berkaitan kenyataan viral ini. Orang awam diminta tidak menyebarkan viral yang tidak sahih ini kerana ianya akan mengakibatkan situasi panik dikalangan masyarakat.

Advertisement

“Harus diingatkan penyebaran berita palsu sebegini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedu-duanya.

“Juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,”katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Terdahulu, melalui kenyataan tular yang dimuatnaik seorang pengguna Facebook memaklumkan virus berkenaan mendekat di kawasan Desa Tebrau.

Advertisement

Hantaran itu juga meminta orang ramai berhati-hati jangan keluar rumah, ke pasar malam atau pasaraya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top