BM | EN | 中文

JABATAN KESIHATAN JOHOR SIAP SIAGA DI PASIR GUDANG SEPANJANG UPSR

khuzzan-abu-bakar.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 SEPT: Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan berada dalam keadaan siap siaga terutama kakitangannya di dua Klinik Kesihatan (KK) di Pasir Gudang, sebagai menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diingini ketika berlangsungnya peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata dua klinik yang akan berada dalam keadaan berjaga-jaga itu ialah itu Klinik Kesihatan Masai dan Klinik Kesihatan Pasir Gudang.

“Ya, kita akan bersiap siaga esok tetapi bukan di sekolah sebaliknya di KK Masai dan Pasir Gudang untuk menentukan semuanya okay,” katanya yang ditemui media pada Operasi Penguatkuasaan Premis Individu (OPPI) di Kawasan Wabak Denggi di Taman Damai Jaya, Skudai, di sini, hari ini.

Advertisement

Terdahulu, Bernama melaporkan Khuzzan berkata demikian menjawab pertanyaan sama ada Jabatan Kesihatan akan menempatkan kakitangan di sekolah itu berikutan kebimbangan insiden murid mengalami pening, sesak nafas, dan muntah akibat terhidu bau busuk, berulang.

Kali terakhir insiden seumpama itu berlaku adalah pada 28 Ogos lepas, melibatkan seramai 33 murid Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih, bagaimanapun tiada mangsa yang dirujuk ke hospital kerana dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas menerima rawatan daripada klinik kesihatan.

Minggu lepas, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang baru sahaja juga menyatakan akan memberi cuti kepada kira-kira 11,300 murid darjah 1 hingga 5 dari 12 sekolah ‘hotspot’ insiden pencemaran udara di Pasir Gudang sepanjang peperiksaan itu berlangsung.

Advertisement

Sekolah terbabit ialah Sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok, SK Tanjung Puteri Resort, SK Taman Scientex, SK Kota Masai, SK Pasir Gudang 4, SK Taman Bukit Dahlia, SK Taman Megah Ria, SK Taman Pasir Putih, SK Taman Rinting 3, SK Pasir Gudang 1, SK Pasir Gudang 3 dan SK Kota Masai 3.

Semua sekolah ini terletak kira-kira lima kilometer radius dari kawasan perindustrian Pasir Gudang.

Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang Jasni Omar dilaporkan sebagai berkata pemberian cuti bermula 4 hingga 11 Sept itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.

Advertisement

Sepanjang peperiksaan itu berlangsung, hanya ada 2,175 calon UPSR sahaja akan berada di sekolah, menurutnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top