BM | EN | 中文

Jabatan Kesihatan Johor nafi keluarkan kenyataan jangkitan Covid-19 di Bukit Besar

kenyataan-KJNJ-01-scaled.jpg

Kenyataan yang dimuatnaik JKNJ dalam Facebooknya

Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 FEB : Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) membuat penafian mengeluarkan sebarang kenyataan seperti dipaparkan di media sosial mengenai laporan berkaitan jangkitan koronavirus (Covid-19) dan pendedahan maklumat siasatan kontak di Bukit Besar, Kota Tinggi.

Menerusi kenyataan di Facebook JKNJ memaklumkan, pihaknya telah membuat laporan polis berkaitan kenyataan tular itu.

“Orang awam diminta tidak menyebarkan tular ini kerana ianya akan mengakibatkan situasi panik dikalangan masyarakat.

Advertisement

“Harus diingatkan penyebaran berita palsu sebegini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya.

“Juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,”katanya dalam satu kenyataan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top