BM | EN | 中文

Jabatan Kesihatan arah Plaza Angsana Johor Bahru ditutup seminggu

plaza-angsana-johor-bahru.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 DIS: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengarahkan pusat beli-belah Angsana Johor Bahru di sini menghentikan sementara operasi mereka bermula pukul 8 malam ini sehingga 14 Disember depan.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, arahan itu ekoran terdapat penularan kes Covid-19 yang dikesan di sekitar premis berkenaan.

“Arahan penutupan selama seminggu ini dibuat setelah pegawai Jabatan Kesihatan melakukan penilaian di premis berkenaan hari ini.

Advertisement

“Penutupan sementara operasi pusat beli belah itu bagi membolehkan kerja sanitasi dijalankan selain pekerja premis terlibat menjalani saringan,” katanya, lapor Utusan Digital.

Dalam pada itu, berdasarkan notis yang ditampal di pintu utama pusat beli-belah berkenaan,, arahan penutupan itu dibuat di bawah Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Menurut Aman,, beberapa premis di pusat beli-belah berkenaan dikenal pasti mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19.

Advertisement

Baru-baru ini tular dalam media sosial yang mendakwa terdapat jangkitan Covid-19 di sekitar pusat beli-belah berkenaan sehingga menyebabkan orang ramai mendesak agar premis itu dihentikan sementara operasinya.

Tinjauan yang dilakukan di pusat beli-belah berkenaan mendapati, beberapa premis menutup sementara operasi mereka atas inisiatif sendiri seawal pukul 11 pagi ini.

Ada antara premis berkenaan meletakkan notis pemberhentian sementara operasi kedai mereka. – UTUSAN ONLINE

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top