BM | EN | 中文

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM salur RM151,000 bantu veteran terjejas banjir

Jabatan-Hal-Ehwal-Veteran-JHEV.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 JAN: Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperuntukkan sebanyak RM151,000 bagi membantu meringankan beban 303 veteran ATM di beberapa negeri yang dikenal pasti terjejas akibat bencana banjir.

JHEV dalam kenyataan memaklumkan sumbangan wang tunai RM500 kepada setiap ahli itu akan diserahkan kepada ahli menerusi Program Cakna Veteran ATM yang dilaksanakan esok hingga Ahad ini (31 Jan 2021) melibatkan Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Perak.

“Keutamaan penyampaian sumbangan banjir itu diberikan kepada veteran ATM atau tanggungan yang terlibat dengan bencana banjir dan dipindahkan ke pusat permindahan banjir, diperakui JHEV ATM negeri terlibat serta memenuhi syarat yang ditetapkan.

Advertisement

“Bagi veteran ATM yang mengalami kerosakan rumah akibat banjir yang tidak menerima sumbangan berkenaan masih boleh memohon Skim Bantuan Bencana Alam mengikut syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan melalui JHEV ATM negeri masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan daripada 303 ahli Veteran ATM yang terkesan dengan banjir itu, 228 daripadanya adalah di Pahang, Kelantan (29), Johor (23), Terengganu (15) dan Perak (lapan).

Menurut kenyataan itu, peruntukan untuk program berkenaan diperoleh daripada dana Tabung Zakat Yayasan Veteran ATM serta dana Kempen Tabung Pahlawan dan akan disampaikan Pengarah JHEV ATM cawangan negeri masing-masing.

Advertisement

Kenyataan itu menyebut sumbangan tunai itu kemudian akan diserahkan kepada enam wakil veteran ATM setiap negeri semasa Program Cakna Veteran ATM berlangsung namun ada juga ahli akan menerima sumbangan itu melalui akaun bank masing-masing.

Perkara berkenaan selari dengan keprihatinan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap kebajikan veteran ATM yang ditimpa musibah banjir di beberapa negeri.

“Kementerian Pertahanan akan terus pertingkatkan lagi Program Cakna Veteran ATM melalui siri lawatan kebajikan yang akan datang agar tiada veteran yang terpinggir daripada menerima insentif yang disediakan.

Advertisement

“Kami peka dan prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan veteran sejajar dengan jasa bakti dan pengorbanan yang mereka curahkan selama ini dalam menentukan keamanan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top