BM | EN | 中文

Jabatan Agama Islam Selangor tubuh pasukan khas siasat kes tipu logo halal

IMG_20201205_214345_723.jpg

Exco Agama Selangor, Mohd Zawawi Ahmad  (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 5 DIS: Pasukan khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ditubuhkan untuk menyiasat isu penipuan logo halal daging sejuk beku import di pasaran tempatan.

Exco Agama Selangor, Mohd Zawawi Ahmad berkata kerajaan negeri juga menerima maklumat lengkap berhubung perkara itu daripada Bahagian Pengurusan Halal jabatan tersebut serta memantau perkembangan dari semasa ke semasa.

“Saya dimaklumkan oleh Pengarahnya Mohd Shahzihan Ahmad bahawa pasukan khas sudah menjalankan siasatan di bawah peruntukan Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Advertisement

“Kerajaan negeri memandang serius pendedahan ini yang menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat di Selangor serta Malaysia,” kata Mohd Zawawi menerusi kenyataan semalam.

Beliau meminta rakyat bertenang serta tidak menyebarkan maklumat tidak tepat dan menyarankan mereka mempunyai maklumat berhubung premis menyalah gunakan tanda halal melaporkan kepada JAIS di talian 03-55143725/3696/3486.

SelangorKini Rabu lalu melaporkan pihak berkuasa membongkar taktik kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging itu dengan logo halal sebelum menjualnya ke pasaran Malaysia.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top