BM | EN | 中文

Jabatan Agama Islam Johor dimohon pertimbang akad nikah ‘online’

Ir-Khairuddin-A-Rahim.jpg

Khairuddin A Rahim

Advertisement

BATU PAHAT, 20 APR: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dimohon untuk mempertimbangkan akad nikah secara atas talian (online) seperti yang dilakukan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Gesaan itu dibuat oleh Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim yang meminta agar Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor untuk mengambil pendekatan menyemak semula pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak JAINJ.

Katanya, agama Islam mempunyai banyak kaedah bagi penyelesaian perkara yang berbangkit termasuk dalam soal penikahan.

Advertisement

“Dalam soal ini, Islam banyak memberikan kaedah yang pelbagai dalam soal menyelesaikan permasalahan berbangkit termasuk soal perkahwinan atau pernikahan.

“Negara Arab seperti UAE pun telah mengambil langkah ini dari awal di mana negara ini membolehkan syarat perkahwinan secara atas talian bagi memudahkan pasangan itu menguruskan kehidupan mereka tanpa ada sekatan dari segi agama.

“Kita maklum bahawa kemaslahatan akan berlaku dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, namun harus diingat bahawa perlu satu jalan penyelesaian, bukan dengan menangguhkan perkara tersebut,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa tindakan JAINJ ini dilihat seperti mengambil langkah mudah tanpa memikirkan kesan dari pandangan masyarakat terhadap agama Islam.

Katanya lagi, Exco yang bertanggungjawab dalam soal ini perlu mengambil berat atas perkara yang sedang dibangkitkan bukan hanya mendiamkan diri.

“Ini soal masalah umat yang perlu diselesaikan. Janganlah Exco atau kerajaan negeri Johor hanya mendiamkan diri tanpa mahu memikirkan jalan penyelesaiannya.

Advertisement

“Dalam kes ini, ia akan mencerminkan Islam dilihat seperti sempit kerana tidak mampu menyelesaikan perkara ini sedangkan kaedah yang pelbagai boleh dilaksanakan bagi memudahkan cara.

“Apa yang diperlukan ada menyelesaikan permasalahan mereka yang ingin berkahwin dan telah pun mendaftar dalam hal tersebut perlulah diutamakan bukan mereka yang baru memohon untuk berkahwin,” katanya lagi.

Pada 18 April lalu JAWI melaksanakan majlis akad nikah dalam talian pertama di Malaysia.

Advertisement

Majlis pernikahan secara sidang video itu membabitkan Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, yang disempurnakan dalam sekali lafaz.

Manakala di Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut membenarkan majlis akad nikah di negeri itu dalam tempoh PKP melalui sidang video mulai hari ini, dengan syarat mendapat kelulusan khas jabatan itu.

Sementara itu di Perak, arahan menangguhkan majlis akad nikah di negeri ini sepanjang tempoh PKP sebagaimana diumumkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sebelum ini ditarik balik.

Advertisement

Ketua Pegawai Ekesekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari, berkata ia susulan Tatacara Khas Majlis Akad Nikah (TKMAN) dikeluarkan JAIPk bertarikh 10 April 2020 bagi menggantikan tatacara sebelumnya yang dikeluarkan pada 17 Mac.

Beliau berkata, berpandukan tatacara terbaharu itu yang dirujuk sebagai TKMAN 2.0, akad nikah mestilah dilaksanakan hanya di premis Pejabat Agama Islam Daerah dan tidak di tempat lain termasuk premis awam mahupun persendirian dalam tempoh tidak melebihi 30 minit.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top