BM | EN | 中文

Isytihar harta Adun sentiasa termaktub sebagai undang-undang negeri Johor

kota-iskandar-bangunan-dun-johor.png

Gambar Ehsan Flickr / Mie Abdullah

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 31 MEI: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Aminolhuda Hassan berkata pengisytiharan harta Ahli-ahli Dewan Negeri Johor (Adun) akan sentiasa termaktub sebagai undang-undang selagi tiada usul baharu membatalkannya.

Beliau berkata, proses pengisytiharan harta tersebut mempunyai tahap integriti dan ketelusan dan ia dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagi rekod dan rujukan.

“Semua Adun perlu akur dengan usul berkenaan dan sekiranya ada yang ingin membatalkan ia perlu membawa usul yang baharu dalam sidang akan datang.

Advertisement

“Saya tak pasti sama ada pihak kerajaan hari ini menghantar atau tidak borang tersebut.

“Sekiranya mereka tidak menghantar, dari segi perundangan mereka telah melanggar satu keputusan rasmi dalam sidang Dewan serta boleh diusul kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

“Segala maklumat berkenaan dengan borang ini adalah dirahsiakan dan akan diserahkan kepada SPRM.

Advertisement

“Jika SPRM nak umumkan itu terserah kepada mereka,” katanya pada sidang media disini, hari ini.

Pada 1 Disember 2019, DUN Johor meluluskan usul mewajibkan semua Adun mengisytiharkan harta masing-masing.

Usul itu dicadangkan Menteri Besar ketika itu, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan dibahas empat Adun iaitu Ir Khairuddin A Rahim (Senggarang); Dr Chong Fat Full (Pemanis); Datuk Ir Hasni Mohamad (Benut) dan R Vidyananthan (Kahang).

Advertisement

Usul itu kemudiannya dipersetujui oleh 39 wakil rakyat PH, Barisan Nasional (16), PAS (1).

Dr Sahruddin ketika mengemukakan usul itu berkata pengisytiharan itu perlu dibuat kerana ketika itu tiada undang-undang yang mewajibkan Adun mengisytiharkan harta.

Katanya, ketetapan yang dibuat Dewan Negeri akan mengikat semua Adun dan sekiranya Adun tidak mematuhi ketetapan Dewan, mereka boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri.

Advertisement

Dr Sahruddin berkata pengisytiharan itu harus membabitkan suami, isteri, anak dan pemegang amanah dengan mengisi Borang Akuan Berkanun yang ditetapkan oleh Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat.

Borang Akuan Berkanun itu ialah Borang Pengisytiharan Harta, Pengisytiharan Harta Tambahan dan Pelupusan Harta.

Beliau berkata borang itu perlu dihantar dalam tempoh enam bulan sehingga 1 Jun 2020 dari tarikh usul dipersetujukan dan disalinkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Advertisement

Sebelum ini, proses pengisytiharan harta sudah pun dibuat terhadap semua exco negeri sebagai mengikut langkah yang dilaksanakan kerajaan Persekutuan – Johorkini

Like, Subscribe, Follow & Share

Sokong portal media & berita dari Johor

Advertisement

Tepat – Informatif – Kreatif

Youtube http://youtube.com/c/JohorkiniTV

Telegram https://t.me/johorkinimy

Advertisement

Twitter https://twitter.com/myjohorkini

Instagram http://instagram.com/johorkini.my

Website http://johorkini.my

Advertisement

Facebook http://facebook.com/jkini.my

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top