BM | EN | 中文

Isu wanita dikatakan berasal dari Johor kahwini lelaki Sikh di India sedang disiasat – Exco

adakah-ini-anak-saudara-ahli-parlimen-kota-tinggi-johor-Halimah-Sadique-tukar-agama-kahwin-singh.jpg

Gambar Ehsan FB Zaharin Mohd Yassin

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 DIS: Isu mengenai status agama seorang wanita Malaysia yang melangsungkan perkahwinan dengan pemain hoki India yang beragama Sikh baru-baru ini masih dalam siasatan, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi.

“Masih dalam siasatan,” kata Tosrin dalam jawapan menerusi WhatApps, lapor Sinar Harian.

Perkahwinan wanita yang dikatakan berasal dari Johor itu tular di media sosial berikutan gambar yang dikongsikan mempersoalkan status agama wanita.

Advertisement

Antara yang memuatnaik gambar dan mempersoalkan status agama wanita berkenaan ialah Zaharin Mohd Yassin, veteran Umno

Ramai warganet terutamanya yang berasal dari negeri ini meminta Jabatan Agama Islam Negeri Johor ( JAINJ) melakukan siasatan.

Manakala ada komen di kalangan pengguna media sosial menyatakan bahawa wanita tersebut merupakan anak saudara kepada seorang ahli parlimen kerajaan dari Johor yang juga seorang menteri.

Advertisement

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaari berkata, pihaknya akan memanggil wanita itu apabila dia kembali ke Malaysia.

Menurutnya, setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada JAIJ berhubung status agama wanita berkenaan.

Terdahulu, satu video majlis perkahwinan yang didakwa dilakukan mengikut upacara agama Sikh berlangsung di India itu juga turut tular di media sosial.

Advertisement

Marzuk berkata, majlis resepsi tersebut bercanggah dengan ajaran Islam kerana terdapat unsur agama lain.

Beliau bagaimanapun bersangka baik dan mengandaikan wanita itu masih Islam dan menunggu pengesahan rasmi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top