BM | EN | 中文

Isu Uyghur adalah isu kemanusiaan

uyghur.jpg
Advertisement

Dalam Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 bermula 18 hingga 21 Disember lepas, pelbagai isu melibatkan umat Islam telah dibincangkan, namun isu Uyghur tidak diketengahkan.

Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa Sidang Kemuncak ini tidak membincangkan tentang politik dan agama tetapi pembangunan negara-negara Islam.

Sebelum itu, sidang kemuncak ini juga menjadi kontroversi apabila kelihatan seperti membelakangkan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC).

Advertisement

Dalam masa yang sama, isu Uyghur kian hangat menular dalam media sosial menuntut perhatian dunia menerusi sidang kemuncak ini.

Kesempatan ini juga dimanfaatkan oleh parti politik pembangkang dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia untuk mendesak kerajaan mengutuk China atas penindasan terhadap umat Islam Uyghur.

Media sosial merupakan medan yang dapat menyebarkan sesuatu berita dengan cepat. Ditambah pula dengan Kecerdasan Buatan (AI) yang akan terus menerus memaparkan kandungan berkaitan dengan apa yang pernah kita tumpukan sebelum ini.

Advertisement

Jadi, pelbagai maklumat berkenaan Uyghur juga muncul di dinding Facebook dan Whatsapp setiap hari khususnya ketika sidang kemuncak berlangsung, baru-baru ini.

Dalam memahami isu Uyghur, masyarakat perlu mengetahui dahulu apakah punca kepada ketidakpuasan hati sebahagian umat Islam?

Punca utama meletusnya ketidakpuasan hati ramai apabila menularnya berita mengenai dua juta orang Uyghur yang diseksa dalam kem tahanan di China.

Advertisement

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Gay McDougall pada Ogos 2018 yang mendakwa memiliki laporan yang boleh dipercayai.

Isu semakin menular apabila pada 28 November 2018, Mihrigul Tursun menyampaikan testimoninya menerusi penterjemah kepada Suruhanjaya Eksekutif Kongres Mengenai China (CECC) tentang pengalamannya dizalimi sewaktu tiga kali ditahan.

Kedua-dua sumber ini kemudiannya membawa kepada tohmahan terhadap China atas layanan kejam terhadap umat Islam oleh masyarakat dunia.

Advertisement

Isu ini adalah hak kemanusiaan yang perlu disokong oleh semua tidak kira beragama Islam atau tidak.

Ia adalah perkara yang terpakai bukan sahaja untuk Uyghur, malah sesiapa sahaja di seluruh dunia. Tuntutan terhadap hak mereka yang teraniaya adalah satu kemestian oleh masyarakat dunia.

Namun, akibat daripada menularnya isu ini, ia telah menjadi ‘bola tanggung’ buat pihak-pihak yang berkepentingan.

Advertisement

Jika kita melihat dari sudut geopolitik hari ini, hubungan tegang antara China dan Amerika membolehkan Amerika mengambil peluang menghentam China atas isu Uyghur dengan menggunakan sentimen agama bagi meraih sokongan umat Islam.

Jadi, tidak hairan andai kebanyakan berita mengenai Uyghur datang dari sumber Barat. Dalam era teknologi hari ini, “Disinformation War” adalah peperangan cara halus antara kuasa-kuasa politik antarabangsa tanpa kita sedari.

Selain itu, puak pemisah Uyghur yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Islam Turkistan Timur (ETIM) yang didalangi gerakan Al-Qaeda pula mengambil kesempatan membangkitkan kemarahan umat Islam.

Advertisement

Slogan bahawa tanah Xinjiang milik Uyghur dan dirampas kerajaan komunis China, mineral yang kaya ingin diteroka China dan pelbagai lagi dakwaan digunakan ETIM untuk meraih perhatian dunia.

Sedangkan ETIM hanyalah dianggotai sebahagian kecil daripada 10 juta masyarakat Muslim Uyghur di China.

Memandangkan isu kemanusiaan tadi telah bercampur aduk dengan isu geopolitik, masyarakat dunia menjadi celaru dalam menyatakan sokongan terhadap Uyghur.

Advertisement

Hampir kesemua demonstrasi di dunia untuk menyatakan sokongan kepada hak asasi tahanan Uyghur mempamerkan bendera biru “Gök Bayrak” yang mirip bendera Turki.

Bendera ini sebenarnya digunakan oleh ETIM sebagai lambang perjuangan pemisah untuk mendirikan kembali kerajaan Turkistan Timur.

China yang menyaksikan reaksi umat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia tambah runsing apabila melihat desakan masyarakat dunia seolah-olah menyokong perjuangan pemisah ETIM.  Ini adalah campur tangan terhadap kedaulatan negara.

Advertisement

Lantas kerajaan China menjadi semakin berhati-hati dan mengetatkan kawalan keamanan seperti lazimnya dibuat oleh mana-mana negara yang berhadapan dengan kelompok pemisah seperti Turki dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), Indonesia dan Gerakan Aceh Merdeka (GAM), Thailand dan Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani (PULO).

Sebarang kelakuan atau tindakan yang mencurigakan sering dikaitkan dengan kelompok pemisah sedangkan mungkin individu tersebut tidak terlibat langsung.

Kesan yang lebih teruk ialah apabila rasa curiga kerajaan tempatan di China kian bertambah apabila melihat sentimen agama dalam tulisan (khat Arab), lambang (kubah masjid) dan makanan (halal) dianggap sebagai pengaruh Arab dalam negara.

Advertisement

Sekatan dan tekanan menerusi peraturan dalaman negara dibuat demi memastikan keamanan ini turut dikenakan di seluruh China.

Ia wajar dilakukan jika kita menoleh sejarah lampau China yang sering berlaku pemberontakan sejak zaman dinasti beraja yang dibimbangi boleh berulang. Apatah lagi kini populasinya mencapai 1.4 billion orang.

Xinjiang sendiri tidak pernah sunyi daripada rusuhan dan serangan sejak 1949 sehingga 2015 yang dipercayai China angkara ETIM. Apa jua tindakan mencurigakan dibimbangi akan menimbulkan semula serangan seperti ini yang telah berjaya dikawal.

Advertisement

Keadaan ini menambah sulit masyarakat beragama Islam di China bukan sahaja yang berbangsa Uyghur, malahan bangsa Hui yang merupakan umat Islam majoriti turut terkesan.

Jika ditanya adakah China anti-Islam, jawapannya ialah tidak kerana terdapat 10 etnik beragama Islam di China dengan majoritinya ialah Hui tidak mengalami nasib yang sama.

Malah di sesetengah kawasan yang mempunyai penduduk Muslim setempat yang ramai seperti di Shadian dan Najiaying (Provinsi Yunnan), Lanzhou dan Linxia (Provinsi Gansu), dan Wuchang (Provinsi Hubei), pengamalan agama Islam diberikan lebih kebebasan.

Advertisement

Kebebasan mengamal agama di China berubah-ubah mengikut isu semasa berdasarkan peraturan kerajaan tempatan. Hal yang sama juga dialami oleh penganut Kristian, Buddha dan Tao.

Tekanan menjadi-jadi akhir-akhir ini akibat daripada reaksi dunia yang menekan China sebagai anti-Islam. Namun, China melihatnya sebagai sokongan kepada gerakan pemisah ETIM.

Lantas, apa jua pengaruh luar perlu dibanteras dan semangat nasionalis China perlu diperkukuh kembali ke atas semua warganegara China.

Advertisement

Justeru, masyarakat perlu lebih tenang dalam memahami isu Uyghur. Usah terkeliru dengan isu kemanusiaan dengan isu geopolitik mahupun agama.

Kita harus bersuara tentang isu kemanusiaan ini tanpa terpijak dalam sempadan politik China. Lambang-lambang yang menghampiri perjuangan pemisah ETIM perlulah dijauhi, barulah suara kita tidak mendatangkan ancaman kepada negara kuasa besar dunia ini.

Perkara paling penting yang perlu kita beringat ialah setiap tindakan kita turut memberi kesan kepada umat Islam selain Uyghur di China. Sebagai orang luar, mudah untuk kita berteriak dan menghentam.

Advertisement

Tetapi fikir-fikirkanlah juga tentang lebih 10 juta Muslim bukan Uyghur di China yang tidak terlibat dalam perjuangan pemisah ini. Mereka juga ingin hidup aman dalam keterbatasan yang tidak dapat dielakkan di negara bukan Islam.

Jangan sesekali membandingkan kebebasan beramal di negara Islam dengan negara bukan Islam. Ia mustahil sama atau lebih baik di negara bukan Islam.

SUMBER:

Advertisement

1) https://www.reuters.com/article/us-china-rights-un/u-n-says-it-has-credible-reports-that-china-holds-million-uighurs-in-secret-camps-idUSKBN1KV1SU

2) https://www.cbsnews.com/news/china-uighur-woman-abuse-chinese-internment-camp-muslim-minorities-xinjiang/

3) https://www.benarnews.org/malay/berita/my-klsummit-191218-12182019225517.html

Advertisement

4) https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10212212504027416

JohorKini

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top