BM | EN | 中文

Isu tarbiah golongan transgender antara dibincang 28 Julai – Exco Johor

Tosrin_Jarvanthi.jpg
Advertisement

KULAI, 18 JUL: Kerajaan Negeri Johor akan membincangkan mengenai pelaksanaan penguatkuasaan dan tarbiah (pendidikan) melibatkan golongan transgender pada mesyuarat penuh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), 28 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Tosrin Jarvanthi berkata pelaksanaan penguatkuasaan dan tarbiah itu nanti akan diputuskan oleh Majlis Fatwa Negeri Johor yang dipengerusikan Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad.

“Sebarang keputusan (penguatkuasaan dan tarbiah) akan diputuskan oleh Majlis Fatwa …saya selaku Exco sendiri tidak boleh membuat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kaunter Terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai dan Yayasan Sejahtera Kulai, di sini, hari ini.

Advertisement

Tosrin berkata demikian ketika diminta mengulas sama da kerajaan Johor akan mengikut langkah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang diberi kebenaran menjalankan penguatkuasaan dan tarbiah dengan cara berhemah terhadap golongan transgender oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, baru-baru ini.

Sementara itu, mengenai kaunter terbuka terbabit, Tosrin yang juga ADUN Bukit Permai berkata, ia dibuka setiap Sabtu bermula 8 pagi hingga 10 pagi dan pada Selasa di Pasar Tani Jalan Kenari dari 4.30 petang hingga 6.30 petang.

Menurutnya, apa jua masalah melibatkan penduduk seperti kebersihan, kesihatan, bantuan dan kerosakan jalan boleh diadukan di kaunter berkenaan untuk diambil tindakan.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top