BM | EN | 中文

Isu Tabung Haji: Jelas kerajaan PH telus – Adun Pulai Sebatang

Taqiuddin-cheman.jpg
Advertisement

PONTIAN, 29 SEPT: Laporan Ketua Audit Negara mengenai Tabung Haji (TH) menunjukkan bahawa setiap keputusan dan langkah yang diambil oleh pasukan TH sebelum ini selaras dengan yang dibawa dalam pentadbiran Pakatan Harapan mengenai ketelusan dan berintegriti.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman laporan tersebut secara jelas membuktikan TH telah melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan amanah.

“Sijil Pengauditan Penyata Kewangan TH menyatakan bahawa Th pada tempoh berakhir 31 Disember 2019 telah memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan lembaga itu dan kumpulannya, serta prestasi kewangan serta aliran tunai selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS), Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) dan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 35),” kata Taqiuddin.

Advertisement

Beliau berkata, pendapat Ketua Audit Negara ini menunjukkan setiap keputusan dan langkah yang diambil oleh pasukan TH sebelum ini selaras dengan apa yang dibawa dalam pentadbiran PH iaitu ketelusan dan berintegriti.

“Pemuda Amanah berpandangan bahawa laporan ini secara jelas membuktikan TH telah melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan amanah sekali gus mengesahkan bahawa tidak ada apa-apa penyelewengan atau salah urus dalam pentadbiran TH semasa PH memerintah.

“Justeru, kami mendesak kepada semua pihak yang telah membuat tohmahan dan menyebarkan maklumat salah berkenaan TH sebelum ini untuk tampil membuat permohonan maaf kerana telah mengelirukan orang awam dan 9 juta pendeposit TH,” katanya.

Advertisement

Laporan Kewangan TH 2019 telah diaudit dan dimaklumkan pada awam dengan mendapat sijil perakuan dari Ketua Audit Negara ditandatangani pada 23 Disember 2020.

Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa sebelum ini berkata, laporan TH untuk kewangan 2019 adalah hasil sebenar setelah setahun pemulihan yang dilakukan daripada sudut laporan kewangan yang bersih dan mengikut piawaian.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top