BM | EN | 中文

Isu sungai di Johor dicemari sampah akan diselesaikan segera – MB

sungai-tercemar.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 NOV: Masalah sungai dicemari sampah sehingga mendapat teguran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, akan diselesaikan dengan segera, kata Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Katanya perkara itu sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri dan beberapa pelan tindakan juga sudah dibuat khusus bagi mengatasi masalah berkenaan.

Katanya, semua agensi terbabit diminta mempercepatkan pelaksanaan inisiatif dalam Rancangan Khas Kawasan (RKK) Sungai Skudai bagi mengatasi masalah yang berlaku dan melengkapkan pelan pemantauan sungai terbabit.

Advertisement

“Kita ada RKK Sungai antaranya Sungai Skudai membabitkan agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Badan Kawal Selia Air (BAKAJ) dan untuk isu ini Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

“Waktu ini kita menunggu Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) sahaja untuk melengkapkan pelan pemantauan Sungai Skudai ini.

“Kita di peringkat negeri akan memastikan peruntukan yang disediakan itu dapat mengatasi masalah yang dihadapi sungai yang diancam pencemaran.

Advertisement

“Ia termasuk mereka yang duduk sebagai setinggan di sepanjang sungai ini juga sudah ada pelan perancangan untuk mengatasi masalah tersebut,” katanya, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis perasmian JohorPay dan JoMS serta penyerahan dokumen kajian pelan induk digital negeri di sini, semalam.

Hasni berkata, sistem pemantauan sudah ada dilakukan, dan kini pihaknya sedang melakukan projek perintis dari segi pengurusan sungai menggunakan bot.

Advertisement

“Ia sedang diuji (projek perintis) yang dijalankan, jadi apabila ada kerjasama daripada Pejabat Tanah, JPS, BAKAJ dan PBT, saya percaya itu semua merangkumi untuk menyelesaikan masalah pencemaran di Sungai Skudai dan Tebrau,” katanya.

Selasa lalu, Sultan Ibrahim menzahirkan kekesalan baginda terhadap pemandangan Sungai Danga yang dicemari pelbagai sampah sarap dan mengotori sepanjang lembangan sungai itu.

Baginda turut menitahkan kerajaan negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyanathan untuk memberi perhatian dalam menangani masalah pembuangan sampah di sungai-sungai di negeri ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top