BM | EN | 中文

Isu perniagaan terkesan, pengangguran perlu diatasi segera – Pemuda Amanah Johor

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 19 OKT: Serangan wabak Covid-19 menyebabkan perkembangan ekonomi negara terjejas teruk dan akibatnya ramai yang diberhentikan kerja.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, golongan anak muda yang bekerja dan baru memulakan perniagaan antara kelompok paling terkesan dengan keadaan yang berlaku.

“Ada yang terpaksa diberhentikan kerja dan lebih ramai lagi yang mengganggur. Mengikut data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, dimaklumkan lebih 170,000 orang sedang mengganggur sekarang ini di Johor.

Advertisement

“Ini bukan satu angka yang kecil tapi perlu diambil berat oleh kerajaan sedia ada. Pemuda Amanah melihat dalam mengatasi isu penggangguran ini yang diakibatkan oleh Covid 19, kerajaan perlu melaksanakan beberapa perkara,” katanya.

Taqiuddin dalam ucapannya pada Konvensyen Pemuda Parti Amanah Negeri Johor di Segamat, Sabtu lalu mengakui negara sedang berhadapan dengan krisis ekonomi yang teruk,

Justeru, beliau  yang juga Adun Pulai Sebatang berkata, antara yang boleh dilakukan kerajaan bagi menangani isu berkenaan ialah melalui pelan pemulihan perniagaan dan latihan kemahiran.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top