BM | EN | 中文

Isu perkahwinan Illi Najwa: Noh Gadut minta bersabar, jangan buat spekulasi

Noh-Gadut-Ili-Najwa.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 23 DIS: Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor ( MAINJ), Datuk Dr Noh Gadut menasihatkan umat Islam di negara ini supaya bersabar menunggu hasil siasatan pihak berkuasa berhubung isu wanita Malaysia, Illi Najwa Saddique yang berkahwin dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar.

Beliau berkata, orang ramai perlu menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang tafsiran mengenai kes berkenaan.

“Semua pihak diminta bersabar dan jangan buat spekulasi. Tunggu dahulu siasatan pihak berkuasa.

Advertisement

“Kita perlu junjung titah Tuanku berkenaan isu ini,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pra Pelancaran Aplikasi Ode Jee dan Memorandum Perjanjian Persefahaman (MOU) Konsortium Ode Halal Asia di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad, Kota Iskandar Selasa, lalu.

Terdahulu Isnin lalu, Sultan Ibrahim menyerusi kenyataan di Facebook rasmi baginda berduka cita dengan berita yang tersebar di media berhubung pasangan itu yang dikatakan mengadakan majlis resepsi perkahwinan di India mengikut acara keagamaan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Advertisement

Baginda menasihatkan agar semua pihak tidak membuat apa-apa kesimpulan dan tindakan pra matang terhadap penyebaran berita tersebut.

Isu membabitkan Illi Najwa timbul selepas tular beberapa gambar dan video wanita itu melangsungkan majlis perkahwinan tersebut.

Terdahulu, beberapa portal bahawa pasangan itu pada dijadualkan berkahwin pada April lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana penularan pandemik Covid-19.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top