BM | EN | 中文

Isu penyelesaian hutang antara disuarakan buat Pengerusi Felda yang baharu

felda-peneroka.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 15 MEI : Pengerusi Felda yang baharu, Dattuk Seri Idris Jusoh diharap dapat mengembalikan kegemilangan agensi itu seperti sebelum ini.

Ini kerana kerajaan sebelum ini telah membentangkan ‘Kertas Putih Felda’ dan usaha ke penambahbaikan telah pun dimulakan semenjak April 2019.

Generasi kedua di Felda Sungai Sibol, Bandar Tenggara Ridhuan Esa berkata, secara umumnya warga Felda telah didedahkan dengan usaha tersebut, dan telah banyak usaha dilaksanakan merangkumi peringkat pengurusan peneroka dan generasinya.

Advertisement

Ridhuan Esa

“Kita berharap agar Kertas Putih yang telah dibentangkan itu menetapkan objektif ke arah kelestarian Felda.

“Isi kertas putih itu merungkai permasalahan dan tindakan penyelesaian yang menyeluruh melibatkan pengurusan Felda, ladang, ekonomi dan kebajikan peneroka serta inisiatif kepada kemajuan generasinya.

“Keutamaan yang perlu diberikan adalah usaha memuktamadkan penyata hutang peneroka, meningkatkan kecekapan ladang dan mempelbagai sumber ekonomi peneroka,” ujarnya.

Advertisement

Menurut Ridhuan, masalah utama Felda ketika ini adalah dari sudut kewangan di mana berdasarkan Kertas Putih tersebut difahamkan agensi itu menanggung hutang tinggi mencecah RM9 bilion.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan butiran tersebut, namun berharap pengerusi Felda dapat merealisasikan rancangan yang dibentangkan melalui Kertas Putih itu.

Menurutnya, difahamkan rancangan itu akan melibatkan sejumlah RM 6.23 bilion dan dijangka mampu memulihkan pendapatan peneroka disamping menambah sumber ladang.

Advertisement

Tambahnya, Felda juga harus menjalinkan hubungan baik, membuka ruang seluasnya kepada seluruh warga Felda termasuk peneroka dan generasinya sama ada individu atau melibatkan pertubuhan yang diwujudkan merentasi pelbagai fahaman politik.

“Perkara itu dapat dilihat sebagaimana langkah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mustapha Mohamed yang merapatkan hubungan dengan membuat perjumpaan bersama NGO berkaitan Felda.

“Semoga kehadiran pengerusi yang baharu ke Felda dapat menambah nilai dan usaha mengembalikan kegemilangan tersebut tercapai,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top