BM | EN | 中文

Isu pendatang di Sabah: MP Sandakan kritik menteri dalam negeri ulang jawapan sama

Vivian-Wong-Shir-Yee.jpg

Vivian Wong Shir Yee (Gambar Ehsan Roketkini)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 OKT: Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee mengkritik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin kerana mengulangi jawapannya berhubung isu pendatang asing di Sabah.

Vivian berkata, jawapan Hamzah semasa sesi penggulungan menteri berkaitan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat Selasa lalu hanya mengulangi reaksi sama tahun lalu tanpa kemajuan nyata.

“Semasa sesi persidangan Parlimen pada tahun lepas, saya telah menamakan isu pendatang ini sebagai ‘ibu kepada segala masalah kita’ di Sabah.

Advertisement

“Dan (saya) meminta kerajaan dengan tegas untuk menetapkan satu strategi dan rancangan konkrit berdasarkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan pendatang asing di Sabah yang dilakukan sebelumnya untuk menangani masalah kritikal ini dengan segera.

“Menteri yang sama juga kemudiannya telah menjawab bahawa kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing Sabah dan jawatankuasa teknikal untuk menyelesaikan isu yang sudah lama ini dan boleh dianggap sebagai ‘titik kelemahan’ negeri ini,” kata Vivian dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Vivian, ketika ditanya tindakan dilakukan kerajaan untuk menangani masalah imigran di Sabah, beliau hanya mengulangi reaksi sama dari tahun lalu.

Advertisement

Menurutnya, ia juga masih dengan hal yang lama iaitu membentuk jawatankuasa atau jawatankuasa khas, lebih banyak mesyuarat dan lebih banyak libat urus.

“Menteri juga berani untuk mengatakan bahawa isu ini memerlukan kehendak politik dari semua pihak! Adalah jelas, kerajaan kurang komitmen dan kehendak untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Terdahulu, Vivian dilaporkan Roketkini turut mempersoalkan apakah maknanya untuk membelanjakan duit pembayar cukai membina lebih banyak pusat tahanan bagi menempatkan pendatang asing tersebut.

Advertisement

“Ini juga sebenarnya adalah tanda kegagalan peranan kerajaan untuk mengurus dan mengawal isu pendatang asing ini. Kita sangat memerlukan sistem yang lebih komprehensif untuk mengenal pasti dan menguruskan keberadaan populasi yang besar kalangan pendatang asing ini,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top