BM | EN | 中文

Isu penambahbaikan infrastruktur asas Segamat terus diperjuang Adun Kemelah

Adun-Kemelah-Dr-Sulaiman-Mohd-Nor.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 19 OKT: Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor berkata beliau bertekad untuk memastikan isu infrastruktur di kawasan Segamat terus ditambah baik.

Terbaru Dr Sulaiman melakukan kunjungan hormat ke pejabat jurutera daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat untik mendapatkan status terkini cadangan-cadangan pembaikan infrastruktur asas yang dibangkitnya sejak tahun lepas selain beberapa isu terkini.

“Alhamdulillah banyak perkara telah dan sedang diambil tindakan. Ini termasuk jalan lencongan di Felda Redong di bawah Fasa 2, jalan utama sempit kepada pengguna jalanraya di kawasan tersebut serta tiada pencahayaan di waktu malam.

Advertisement

“Jalan utama ini di bawah seliaan Persekutuan sering rosak disebabkan kenderaan berat, melebihi kapasiti 26 tan yang sepatutnya dibenar bagi jalan berkaitan.

“Perbincangan juga mengenai kawasan yang sering berlaku kemalangan di persimpangan jalan Segamat – Labis ke Felda Redong serta isu jalan utama di persimpangan Kampung Melayu Raya yang telah meragut banyak nyawa sebelum ini.

“Keperluan pencahayaan yang baik di jalan utama Kampung Genuang, aduan jalan diturap lebih tinggi dari bahu jalan, seperti berlaku di Kampung Chodan serta pokok-pokok yang boleh tumbang dan membahayakan pengguna jalanraya juga telah dibincang.

Advertisement

“Sebahagian inisiatif ini memerlukan kerjasama awam seperti pemilik tanah berkaitan untuk menebang pokok.

“Seringkali terdapat aduan tuan tanah tidak membenarkan pokoknya ditebang, walaupun membawa bahaya jika tumbang.

“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak JKR Daerah Segamat yang telah memberikan kerjasama yang baik demi kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Advertisement

Dalam pada itu beliau turut bertekad memastikan segala perkara yang melibatkan kepentingan penduduk setempat dapat diselesaikan melalui kerjasama yang baik antara jabatan dan agensi terbabit.

“Isu-isu kesejahteraan dan keselamatan penduduk dan pengguna menjadi keutamaan kepada saya, khususnya melibatkan keselamatan orang ramai.

“Justeru, usaha kerjasama dengan pelbagai jabatan dan agensi akan terus dipergiat demi kesejahteraan rakyat” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top