BM | EN | 中文

Isu pemotongan yuran PTPTN, wang lebihan pelajar akan dipulangkan segera – UTM

UTM-Universiti-Teknologi-Malaysia.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 MAC: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan membuat semakan dan mengembalikan semula wang lebihan, kepada pelajarnya yang terlibat dengan isu pemotongan yuran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kadar segera.

UTM menerusi kenyataan menjelaskan, hal ini kerana terdapat ralat ke atas data potongan yuran yang dibuat, yang mana terdapat sebahagian pelajar telah dibuat potongan secara maksimum daripada jumlah pembiayaan pinjaman dan hanya baki iaitu sejumlah RM100 yang didepositkan ke akaun Bank Islam pelajar.

Katanya, semakan akan dibuat Jabatan Bendahari dan wang lebihan akan dikembalikan semula dalam tempoh terdekat, setelah mendapat maklumat potongan daripada Bank Islam.

Advertisement

“Pihak UTM telah mengambil langkah untuk membuat semakan dan proses pemulangan dengan kadar segera ke akaun bank pelajar yang terlibat.

“Pelajar dijangka akan mendapat semula baki tersebut dalam masa terdekat, dijangka Isnin minggu hadapan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Kenyataan itu memaklumkan, pembiayaan pinjaman PTPTN bagi kelompok pertama semester dua telah didepositkan ke akaun Bank Islam pelajar pada 23 Mac lepas.

Advertisement

Sehubungan itu, pelajar yang terkesan ekoran daripada ralat potongan yuran berkenaan, diminta untuk mengisi ‘google form’ yang disediakan untuk semakan dan tindakan lanjut pihak UTM.

Menurut kenyataan itu lagi, sebarang pertanyaan boleh dibuat menerusi emel bendahari-ukp@utm.my atau norshadiana@utm.my, nurmawati@utm.my dan fadhila.kl@utm.my.

Baru-baru ini, isu berkenaan pemotongan yuran itu diluahkan segelintir penuntut universiti berkenaan menerusi media sosial.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top