BM | EN | 中文

Isu pembalakan di Johor masih belum ada jawapan

Balak-Lenggor-Mersing-Khairuddin-A-Rahim.jpg

Gambar Ir Khairuddin ketika melawat kawasan hutan di Mersing, pada April 2019

Advertisement

BATU PAHAT, 6 MEI: Isu pembalakan di Johor masih lagi belum diselesaikan sehingga kini kata Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim.

Katanya, kerajaan Johor masih tidak mengambil maklum berkenaan perkara itu kerana beliau menerima maklumat aktiviti penebangan hutan yang tidak mengikut peraturan masih berlaku.

“Melalui laporan yang diterima, aktiviti pembalakan masih beroperasi. Seperti tidak ada tindakan yang diambil terhadap perkara tersebut.

Advertisement

“Saya sudah bawa perkara ini sehingga ke peringkat Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mengapa perkara ini masih berlaku?

Khairuddin A Rahim

“Isu ini amat besar sehingga merosakkan alam sekitar. Kita telah bawa perkara ini serta memberikan penerangan berkenaan kesan yang dialami di negeri ini,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini isu pembalakan yang berlaku di negeri Johor telah menjadi isu hangat.

Advertisement

Antara kawasan hutan yang terjejas adalah Hutan Simpan Lenggor, di Mersing.

Khairuddin sebelum ini pernah membangkitkan isu penyelewengan pembalakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Ogos 2018.

Manakala pada Mei 2019, satu lapoan dibuat di SPRM Johor berdasarkan maklumat bahawa terdapat kawasan Hutan Simpan Lenggor (compartment 148B) dalam keadaan gondol akibat pelanggaran syarat penebangan pokok.

Advertisement

Antaranya seperti pokok kayu tidak bertanda yang masih kecil disyaki ditebang secara tidak sah dan dikeluarkan dengan tidak membayar cukai.

Justeru itu katanya, dengan membiarkan perkara itu terus berlaku menggambarkan kerajaan Johor seperti tidak peka dengan masalah ketirisan dalam pentadbiran negeri.

“Rekod pengeluaran kayu balak yang dikecilkan sebelum ini telah dilaporkan kepada SPRM. Kita mahu tindakan ini disegerakan bagi menghentikan kegiatan ini dari terus berleluasa.

Advertisement

“Ini soal integriti dan membabitkan kelekaan pihak kerajaan. Sampai sekarang hal ini masih berbangkit. Adakah sesuatu perjanjian di belakang tabir sedang berlaku? soalnya.

Justeru itu, Khairuddin menggesa jawapan segera dari kerajaan negeri berhubung isu pembalakan di hutan berkenaan.

“Kita tidak mahu hutan ini rosak dengan penebangan yang berleluasa tanpa ada pemantauan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top