BM | EN | 中文

Isu pelantikan ketua masyarakat Kampung Baru Cina di Johor perlu diselesaikan – Adun Mengkibol

Chew-Chong-Sin.jpeg
Advertisement

KLUANG, 21 NOV: Isu pelantikan ketua masyarakat Kampung Baru Cina di negeri Johor perlu diselesaikan agar bantuan dan penyaluran peruntukan dapat disegerakan.

Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berkata, akibat isu politik dalaman kerajaan negeri beliau bimbang kampung-kampung berkenaan kehilangan peruntukan tahunan RM100,000 setiap kampung bagi Tahun 2020 dan 2021.

“Peruntukan tahunan ini biasanya digunakan untuk tujuan pembangunan infrastruktur.

Advertisement

“Jika isu ini tidak dapat diselesaikan lagi, saya cadangkan dana khas harus diperuntukkan oleh kerajaan negeri tahun depan agar kampung-kampung baru tidak akan mengalami masalah tiada peruntukan untuk pembangunan infrastruktur kampung mereka buat tiga tahun berturut-turut.
“Ini adalah tidak adil kepada penduduk kampung berkenaan dan menyebabkan kemudahan infrastruktur yang harus disediakan kepada golongan akar umbi telah ditangguhkan,” kata Chew dalam satu kenyataan.

Tambah Chew, jika kerajaan negeri masih tidak dapat menyelesaikan isu pelantikan ketua masyarakat Cina, beliau mencadangkan kuasa pelaksanaan projek pembangunan kampung baru diambil alih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“Sekiranya kerajaan Johor masih tidak dapat berkompromi dengan isu pelantikan ketua masyarakat, kuasa pelaksanaan projek pembangunan kampung baru diambil alih, iaitu wakil rakyat dipilih penduduk supaya pembangunan Kampung Baru dapat dijalankan seperti sebelum ini,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top