BM | EN | 中文

Isu pelajar UTHM makan sehari sekali cetus kebimbangan

khalim-sakib-UTHM.jpg

Khalim ketika menyapaikan sumbangan

Advertisement

BATU PAHAT, 29 JUN: Pengarah Komunikasi dan Multimedia Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Noor Khalim Sakib menyuarakan kebimbangan susulan laporan diterimanya bahawa ada kes pelajar Universiti Teknologi Tun Hussein (UTHM) disini tidak cukup makan.

Khalim berkata beliau menerima maklumat mengatakan seramai kira-kira 500 pelajar berdepan masalah kekurangan makanan yang hanya makan sekali sehari.

“Saya juga mengalaminya dahulu. Namun di dalam suasana pandemik sekarang ini keprihatinan yang lebih dari semua pihak, termasuk entiti masyarakat perlu untuk kesinambungan para pelapis negara ini meneruskan kecemerlangan.

Advertisement

“Suasana pandemik yang tidak terlihat lagi penghujungnya. Di dalam berusaha berjimat dan berkira-kira untuk makan, masa yang sama mereka perlu menumpukan pengajian. Sudah pasti keadaan itu digendong oleh mereka didalam keadaan yang amat sukar.

“Mereka pelapis pimpinan negara. Mereka perlu dibela oleh semua pihak untuk meneruskan kecemerlangan.

“Insya Allah, akan diberi perhatian dengan kemampuan kudrat kami yang terhad ini,” ujarnya.

Advertisement

Khalim menyatakan rasa kecewa kerana Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad, salah seorang ahli parlimen dalam daerah Batu Pahat tidak cakna dengan isu tersebut.

Perkra itu katanya adalah lambang kegagalan kerajaan dalam mengawal keadaan negara yang semakin tersepit dalam pelbagai masalah sepanjang pandemik Covid-19 melanda.

“Siapa yang tak kecewa bila menteri yang menguruskan perkara ini adalah ahli parlimen dalam daerah Batu Pahat. Beliau tidak cakna langsung dengan nasib yang menimpa mahasiswa di UTHM.

Advertisement

“Ini jelas menunjukkan ketidakprihatinan beliau sebagai seorang menteri yang menguruskan kebajikan mahasiswa.

“Universiti di tempat beliau pun beliau tidak diendahkan, apatah lagi universiti seluruh negara yang lain,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top