BM | EN | 中文

Isu ‘Pandelela belum sesuai dapat Datuk’: Menteri Sarawak malah diugut rumah dibakar

Pandelela-Rinong.jpg
Advertisement

KUCHING, 10 MEI: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengakui, terdapat banyak individu serta warganet yang marah dengan kenyataanya mengenai ratu terjun negara Pandelela Rinong baru-baru ini.

Malah katanya, terdapat juga individu yang mahu membakar rumahnya menerusi satu komen di Facebook.

Namun Abdul Karim berkata, beliau tidak bercadang membuat sebarang laporan polis setakat ini, kerana menerima perkara tersebut sebagai kebebasan bersuara di media sosial.

Advertisement

Abdul Karim pada 7 Mei lalu dilaporkan sebagai berkata, pemberian gelaran ‘Datuk’ buat Pandelela yang meraih pingat emas di kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 baru-baru ini belum sesuai, kerana penerjun negara itu masih muda.

“Sudah semestinya banyak anugerah boleh diberikan, tidak bermakna setiap kali menjadi juara di acara antarabangsa mesti beri anugerah gelaran Datuk, tidak semestinya begitu.

“Jadi sebab itu saya nyatakan, ada anugerah akan diberikan (kepada atlet berjaya),” katanya ketika ditemui pemberita di Sibu, baru-baru ini.

Advertisement

Abdul Karim berkata, kerajaan negeri Sarawak sememangnya tidak pernah mengabaikan atlet negeri itu yang meraih kejayaan di kejohanan sukan besar, lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top