BM | EN | 中文

Isu keutuhan dan setiakawan antara dibincang dalam mesyuarat PH Pasir Gudang

Pakatan-Harapan-Pasir-Gudang.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 18 JUL: Kesatuan dan semangat setiakawan yang terbina antara perkara yang dibincangkan Pakatan Harapan (PH) Pasir Gudang dalam mesyuarat persediaan gabungan itu dalam menghadapi pilihanraya umum (PRU) ke-15.

PH Pasir Gudang dalam satu kenyataan bersama berkata, pertemuan itu membuktikan gabungan tersebut masih mempunyai kesatuan dan kesefahaman dalam mengangkat reformasi sebagai agenda utama.

“Mesyuarat hari ini juga menjawab beberapa kritikan dan kebimbangan masyarakat tentang keutuhan dalam semangat setiakawan.

Advertisement

“Mesyuarat juga telah mencapai titik persamaan dalam agenda mengangkat permasalahan rakyat sebagai keutamaan.

“PH Pasir Gudang juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mana-mana wakil rakyat yang membelakangkan mandat rakyat,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Mesyuarat tersebut dihadiri Ketua Cabang PKR Pasir Gudang, Halim Dawam, Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan Pasir Gudang, Syed Othman Abdullah dan Liow Cai Tung yang juga ADUN Johor Jaya bagi mewakili parti DAP.

Advertisement

Tambah kenyataan itu, PH Pasir Gudang juga sepakat menyelaras gerak kerja bagi mempertahankan parlimen Pasir Gudang.

Gabungan PH Pasir Gudang juga katanya berusaha dan yakin akan kembali mendapatkan kerusi DUN Permas serta mengekalkan kemenangan di DUN Johor Jaya dalam PRU ke-15 nanti.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top