BM | EN | 中文

Isu ketua kampung di Johor masih tak selesai

Mohd-Faizul-Mohd-Salleh.jpg

Mohd Faizul Mohd Salleh

Advertisement

MUAR, 20 JUL: Isu penjawatan ketua kampung di negeri Johor masih belum selesai, kata Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Mohd Faizul Salleh.

Menurut Faizul, beliau menerima maklumat dari ketua-ketua kampung di negeri ini bahawa pelantikan ke jawatan itu menimbulkan masalah menyebabkan elaun yang diterima hanya dari kerajaan negeri sahaja tanpa elaun dari peringkat pusat.

Kelemahan tersebut menurut Faizul akibat pelantikan ketua kampung mengikut selera diaturkan parti-parti politik tertentu.

Advertisement

“Ada ketua kampung yang merungut bahawa elaun mereka hanya diberi separuh dari KPLB (Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar) kerana data dari negeri tidak dilengkapkan.

“Ini menyebabkan ketua kampung di negeri ini terpaksa bekerja lebih banyak tetapi elaun yang diperolehi mereka hanya separuh, tidak seperti sebelum ini.

“Perkara ini harus diselesaikan oleh kerajaan Johor kerana selepas lebih setahun pemerintahan kerajaan PN masalah itu masih belum diselesaikan,” ujarnya.

Advertisement

Difahamkan pelantikan ketua kampung di daerah Muar belum dibuat akibat pemilihan tidak mengikut kriteria dikehendaki.

Ketua kampung yang dicadangkan kerajaan hanya mengikut latar belakang parti pemerintah tanpa kriteria ketokohan yang sewajarnya menepati keperluan.

Sebelum ini, Sultan Johor bertitah agar tiada campur tangan mana-mana parti dalam isu pelantikan ketua kampung.

Advertisement

Namun kerajaan Johor dilihat masih mengamalkan sikap memilih ketua kampung mengikut selera mereka, iaitu ahli parti dan bukannya dari sudut kepimpinan individu di satu-satu kawasan.

Ia menimbulkan kepincangan dan membuatkan ketua kampung di daerah Muar masih belum dilantik sekaligus punca masalah pemberian elaun kepada ketua kampung di seluruh negeri.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top