BM | EN | 中文

Isu kepadatan di SK Kangkar Pulai 2 akan diselesaikan segera

IMG-20200101-WA0009.jpg

Aminolhuda (dua, kanan) ketika beramah mesra dengan murid di SK Kangkar Pulai 2

KULAI, 1 JAN : Kerajaan negeri akan berusaha menangani isu Sekolah Kebangsaan (SK) Kangkar Pulai 2, di sini yang dikategorikan sebagai sekolah paling padat di daerah ini.

Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan berkata, langkah-langkah penyelesaian telah diambil bagi mengurangkan jumlah murid di sekolah berkenaan.

Katanya lagi, kepadatan sesuatu sekolah itu akan menimbulkan pelbagai masalah seperti akan berlakunya kelas-kelas yang akan mengandungi murid yang ramai.

“Dalam tinjauan hari ini, saya berpuas hati dengan sistem serta cara pengurusan sekolah ini dalam menguruskan kepadatan murid yang berada di sekolah ini.

“Ia sudah menjadi keperluan untuk mengadakan sekolah baharu bagi pelajar dapat diberikan tumpuan yang lebih dan faktor keselamatan. Itu adalah perkara yang kita utamakan,” katanya ketika membuat tinjauan di sekolah berkenaan, di sini, hari ini.

Untuk rekod, sekolah tersebut mempunyai seramai 1,800 murid yang mana untuk sesi pagi melibatkan seramai 900 lebih murid.

Aminolhuda yang juga Adun Parit Yaani berkata, terdapat tanah yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan bagi membina sekolah berdekatan di SK Kangkar Pulai untuk menampung kepadatan murid di sekolah terbabit.

“Kita akan melihat serta memantau keperluan pada masa hadapan berkenaan dengan murid serta guru-guru agar mampu memberikan yang terbaik kepada pendidikan.

“Di kawasan Pulai Jaya yang berdekatan dengan sekolah ini pun telah ada sebuah sekolah baharu yang sedang dalam tempoh masa untuk beroperasi sepenuhnya,” katanya lagi.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top