BM | EN | 中文

ISU ‘KELAS TERAPUNG’ AKAN DITELITI BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN DEPAN

IMG-20191119-WA0004.jpg
Advertisement

 

ISKANDAR PUTERI, 19 NOV: Kerajaan negeri akan memastikan isu “kelas terapung” akan disusun sebaik mungkin dalam persiapan untuk memasuki sesi persekolahan tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, pada waktu yang sama, ibu bapa juga di harap agar memberikan kerjasama berdasarkan kehendak dan susunan yang telah dibuat oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Advertisement

“Kelas terapung atau ‘feeder school’ berlaku apabila ada lebihan pelajar dalam sesebuah sekolah, khususnya untuk murid-murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah.

“Insya-Allah, kekurangan bilik darjah dapat diatasi dengan usaha daripada pihak sekolah, PPD dan kerjasama daripada ibu bapa,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di Legoland di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai persiapan negeri Johor untuk sesi persekolah tahun depan, khususnya tentang isu kelas terapung.

Advertisement

“Kita tidak nafikan pembangunan pesat di negeri Johor menyumbang kepada peningkatan bilangan pelajar-pelajar dalam sebuah kawasan.

“Tetapi kadang kala pelajar yang sepatutnya (daftar) di sekolah yang ditetapkan di Taman kawasan perumahan mereka, tetap mahu berdaftar di sekolah lain, itulah kesannya, kelas terapung,” katanya lagi.

Aminolhuda berkata, kerajaan negeri akan memastikan isu ini akan di atur dan disusun sebaik mungkin dengan kerjasama ibu bapa, sekolah dan pihak PPD dalam persiapan sesi persekolah tahun depan.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top