BM | EN | 中文

Isu kartel daging: Kerajaan perlu segera dedah dalang – Syahredzan

Syahredzan_Johan.jpg

Gambar Ehsan NST

Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 JAN: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan pihak berkuasa perlu telus dalam menjalankan siasatan berhubung isu kartel daging kata peguam, Syahredzan Johan.

Katanya, kerajaan perlu segera mendedahkan dalang di sebalik kartel tersebut kerana ia melibatkan kepentingan awam terutamanya umat Islam di negara ini.

“Setakat ini, menurut laporan (media) siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Advertisement

“Ada juga pendakwaan terhadap pengarah syarikat yang dikatakan terlibat. Beberapa pegawai agensi kerajaan juga telah ditahan reman untuk membantu siasatan.

“Kita sambut baik semua perkara ini, tetapi dalang kartel daging ini masih belum didedahkan kepada umum.

“Orang ramai terpaksa berteka-teki tentang daging import mana yang terlibat, sampai ada yang mengambil inisiatif sendiri dengan membuat ‘siasatan’ melalui media sosial.

Advertisement

“Perkara seperti ini tidak sihat, kerana ada kemungkinan bahawa syarikat yang tidak terlibat pun terpalit sama,” katanya, lapor Roketkini.

Media sebelum ini melaporkan serbuan pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, Johor yang menjadi lokasi operasi kartel daging selama bertahun-tahun.

Difahamkan daging beku itu diseludup dari dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum dibungkus semula dengan logo halal.

Advertisement

Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor pada 21 Disember lalu membuka satu kertas siasatan berhubung isu penyeludupan daging import atau kartel daging import.

Mengulas lanjut, Syahredzan yang juga Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata kerajaan perlu segera memaklumkan langkah yang akan diambil bagi memastikan isu kartel daging tidak berulang.

“Jelas bahawa terdapat kepincangan dalam proses ini yang membolehkan ia dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Advertisement

“Suatu semakan semula yang menyeluruh dan ‘overhaul’ harus dijalankan untuk menjamin perkara ini tidak berlaku lagi,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top