BM | EN | 中文

Isu kartel daging import: Najib seolah mahu lari dari tanggungjawab

najib-razak.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 28 DIS: Bekas Perdana Menteri Najib Razak tidak perlu menafikan isu berkaitan kartel daging import seolah-olah tidak berlaku di zaman pentadbirannya, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan.

Aminolhuda berkata, menerusi laporan diterimanya kegiatan itu telah berlangsung selama lebih 40 tahun dan pastinya termasuk di zaman ketika Najib mentadbir negara.

“Apa yang beliau mahu sembunyikan? Sekiranya jelas ini berlaku di zaman beliau memerintah seharusnya beliau perlu membantu siasatan, bukan menafikan serta mahu lepas tangan dari segala masalah.

Advertisement

“Seharusnya kita membantu pihak berkuasa dalam menyiasat kegiatan ini dan telah dimaklumkan kegiatan ini telah berlangsung selama 40 tahun,” katanya.

Aminolhuda yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor berkata, tindakan Najib itu seperti mahu melarikan diri dari bertanggungjawab berhubung isu tersebut.

Katanya Najib turut mempunyai niat mahu menyembunyikan kelemahan pentadbiran beliau sedangkan secara jelas menunjukkan bahawa pembabitan pemerintahan beliau dalam kes kartel daging ini.

Advertisement

“Bagaimana dalam jangka masa itu Najib tidak terbabit? Adakah beliau hanya mahu melepaskan dirinya sahaja dari terus didakwa kerana menjaga reputasi beliau?” ujarnya.

Adun Perling, Cheo Yee How

Aminolhuda mahu semua pihak bertanggungjawab dalam membantu memberikan maklumat dalam siasatan yang sedang dijalankan.

Mengulas isu sama, Adun Perling dari DAP, Cheo Yee How turut senada dengan pandangan Pengerusi PH itu dalam isu membanteras kartel daging tersebut.

Advertisement

Katanya, pihak berkuasa harus menjalankan siasatan yang telus dan tidak ada sikap pilih bulu sewaktu siasatan dijalankan.

“Isu ini adalah isu yang sensitif bagi rakyat di negara ini kerana ia membabitkan permakanan dan kita tidak mahu kerajaan seperti mengambil mudah dengan masalah ini.

“Siasatan yang telus perlu dilakukan serta apa yang pasti, kita tidak mahu ada sikap pilih bulu diamalkan seperti mana yang berlaku pada sebelum ini sehingga ada yang boleh melompat pagar SPRM.

Advertisement

“Kita perlu segera menyelesaikan masalah ini serta mendedahkan maklumat yang sahih kepada pengguna agar boikot tidak terjadi di kalangan rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Adun Bukit Batu dari PKR, Jimmy Puah Wee Tse sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan media beliau berkenaan dengan isu kartel daging ini.

Katanya walaupun beliau bukan seorang yang beragama Islam namun beliau bersolidariti untuk kawan-kawan beragama Islam bserta mengecam sekras-kerasnya tindakan sindiket kartel daging itu.

Advertisement

Tambahnya selain isu permakanan, ia juga turut membabitkan soal rasuah yang bukan sahaja berkaitan wang ringgit malah habuan seks.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top