BM | EN | 中文

Isu kapal terbang Israel: Pas diam kerana takut MCA?

Azam-Razak.png

Pengarah Syariah Amanah Johor, Azam Razak

Advertisement

MERSING, 31 MEI: Sikap parti Pas yang berdiam diri dalam isu kebenaran menggunakan laluan udara negara yang berlaku baru-baru ini seolah-olah menunjukkan parti itu takut kepada sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN), iaitu parti MCA.

Hal tersebut menimbulkan pertikaian di kalangan masyarakat dan PAS yang sebelum ini lantang dalam isu Israel – Palestin dilihat hambar dalam isu tersebut.

Susulan itu, Pengarah Hal Ehwal Syariah, Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Mohd Azam Razak berkata PAS menjadi kaku dan tidak berani bersuara untuk menegur kerajaan.

Advertisement

“Kenyataan dari menteri yang juga Presiden MCA itu jelas tidak menjaga sensitiviti rakyat teramai dalam negara ini yang menolak kekejaman Israel terhadap negara Palestin,” ujarnya ketika dihubungi.

Kementerian Pengangkutan diterajui Wee Ka Siong, pimpinan MCA berkata, pesawat awam berkenaan disahkan melalui ruang udara negara mengikut peraturan-peraturan ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), dengan Malaysia adalah negara anggota.

“Dalam isu sebegini pun Pas menjadi takut untuk berpendirian.

Advertisement

“Ternyata memang PAS tidak bersungguh menyatakan pendirian menolak hubungan dengan Israel.

“Hakikat yang kita sedang hadapi, PAS boleh berlembut demi kepentingan menjaga jawatan yang mereka sandang hari ini. Inilah wajah Pas yang sebenar. Hanya pandai mempermainkan rakyat,” kata Azam.

Beliau turut menggesa kerajaan menjaga sensitiviti rakyat yang marah dengan kekejaman yang dilakukan oleh negara zionis itu.

Advertisement

Dalam satu kenyataan Kementerian Pengangkutan berkata, mengikut peraturan ICAO, Malaysia meluluskan mana-mana penerbangan melalui ruang udara selagi tidak mengancam keselamatan serta kedaulatan negara.

Kementerian Pengangkutan turut memberitahu, tiada corak penerbangan yang tidak normal ketika pesawat tersebut melalui ruang udara Malaysia.

Jelasnya, pihak berkuasa penerbangan Malaysia mengesahkan bahawa pesawat tersebut tidak kembali ke ruang udara Malaysia setelah tiba di destinasinya, Singapura.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top