BM | EN | 中文

Isu Kampung Baru KL: Akhirnya rakyat dipermainkan, perjuang nasib bangsa Melayu-Islam hanya penipuan

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 7 DIS: Isu Kampung Baru Kuala Lumpur dianggap sebagai suatu manifestasi tindakan kerajaan yang dipimpin oleh Umno sebagai suatu penipuan kepada rakyat.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman ketika dihubungi memaklumkan tindakan tersebut adalah wajah sebenar kerajaan hari ini.

Beliau turut memetik kenyataan sebelum ini yang dicanangkan oleh pemimpin dari pihak kerajaan hari ini yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan agama Islam dalam negara ini hanya penipuan semata.

Advertisement

“Lihat apa yang jadi pada penduduk di Kampung Baru, sebelum ini di bawah kerajaan PH (Pakatan Harapan) tawaran yang diberikan tinggi namun akibat dari hasutan pihak berkepentingan penduduk tidak bersetuju dengan tawaran tersebut.

“Bekas Perdana Menteri, Najib Razak (Dato Seri) sebelum ini mencadangkan sebanyak RM 3000 kaki persegi mengikut ukuran harga tanah di sekeliling Kampung Baru.

“Namun apa yang jadi hari ini, kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri Yaakob (Dato Seri) hanya mampu membayar sebanyak RM 400 kaki persegi sedangkan di bawah PH tempoh hari, tawaran yang diberikan sebanyak RM 1000 kaki persegi.

Advertisement

“Jelas menunjukkan agenda sebelum ini yang menghasut orang kampung hanyalah penipuan kepada penduduk Kampung Baru dan seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.

Beliau yang merupakan Adun Pulai Sebatang turut mengungkit kenyataan Ismail Sabri sebelum ini yang berjanji untuk tidak menjual tanah tersebut.

Tambahnya, apa yang berlaku hari ini jelas menunjukkan bahawa PH sebelum ini hanya difitnah oleh golongan berkepentingan.

Advertisement

“Jelas menunjukkan bahawa janji yang ditaburkan seperti ucapan dari Ismail Sabri sebelum ini yang menyatakan bahawa tanah Kampung Baru bukan untuk dijual hanyalah penipuan.

“Selain itu jelaslah bahawa sebelum ini PH hanya difitnah oleh golongan tertentu yang berkepentingan sahaja. Tidak ada langsung semangat bangsa Melayu dan agama Islam yang diperjuangkan oleh kerajaan hari ini,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top