BM | EN | 中文

Isu kahwin pemain hoki India: Illi Najwa masih Islam – Mufti Johor

ili-najwa-masih-islam-sultan-ibrahim.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 MAC: Siasatan secara menyeluruh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mendapati Illi Najwa Anuar Hussein Saddique yang berkahwin dengan kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar, tahun lepas, masih beragama Islam.

Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad berkata pihaknya telah memanggil lili Najwa bersama ibunya serta beberapa saksi lain untuk diambil keterangan.

Beliau berkata pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses.

Advertisement

“Hasil siasatan mendapati Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam, malah pada hari ini beliau (illi Najwa) juga hadir bersama kami untuk menghadap baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Tiada ada apa-apa masalah untuk didaftarkan perkahwinan mereka dan isu ini juga sudah selesai,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Illi Najwa di Istana Bukit Pelangi di sini hari ini yang turut disertai Yahya dan Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki Shamsudin

Advertisement

Pada pertemuan itu, Yahya mempersembahkan hasil siasatan JAINJ berhubung status perkahwinan dan keagamaan pasangan tersebut.

la susulan Sultan Johor telah menitahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor pada Disember lalu untuk menyiasat status terkini agama wanita berkenaan bersama pasangannya.

Sultan Ibrahim bertitah sebagai Ketua Agama Islam Johor, baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan Islam supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia, selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan.

Advertisement

Disember lalu, pasangan itu melangsungkan perkawinan mereka di kampung halaman Manpreet di Punjab, India,

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top