BM | EN | 中文

ISU JUALAN KFC DAN PIZZA HUT BERITA BERASASKAN SPEKULASI – MB JOHOR

mb-johor-2.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 1 DIS: Isu jualan KFC dan Pizza Hut, atau pelupusan kadar pelaburan Johor Corporation (JCorp) antara QSR Brands yang menerajui dua jenama ini di pasaran adalah berita yang berasaskan spekulasi, kata Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Beliau berkata JCorp kini telah meningkatkan pegangannya kepada 56 peratus dalam QSR Brands berbanding 27 peratus pada tahun 2012, dan pelaburan ini kini bernilai RM3.33 billion.

“Manakala sebanyak 44 peratus lagi adalah dalam pegangan CVC/EPF yang sentiasa menilai tahap pelaburan termasuk menjual pegangan mereka dalam QSR,” katanya dalam Ucapan Penggulungan Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2020) Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-14, di sini, hari ini.

Advertisement

Dr Sahruddin berkata JCorp mempunyai strategi mengembangkan lagi perniagaan QSR Brands yang tidak semestinya dalam bentuk restoran sahaja di masa hadapan.

“JCorp turut memacu industri halal dengan  memperkukuhkan lagi kedudukan peringkat pertengahan dan huluan industri ayam,” katanya.

Tambahnya, ini membolehkan QSR Brands membekalkan daging ayam halal segar dan produk sejuk beku di Malaysia dan pasaran dunia, satu potensi strategik dan lebih besar lagi dari segi ekonomi, pekerjaan mahupun keusahawanan.

Advertisement

“Saya berharap pencerahan dan fakta-fakta yang dikemukakan ini akan memberi gambaran yang lebih jelas dan tepat mengenai kesamaran mahupun keraguan terhadap JCorp,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan membantu JCorp untuk meningkatkan lagi prestasinya agar dapat terus memainkan peranannya secara maksimum kepada negeri dan rakyat Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top