BM | EN | 中文

Isu jawatan PM penting, tapi isu ekonomi rakyat dan tadbir urus negara lebih utama

Adun-Mahkota-Muhamad-Said-Jonit.jpg
Advertisement

KLUANG, 29 JUN: Perbincangan mengenai calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (PH) perlu diselesaikan segera.

Justeru itu Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit berkata, (PH) perlu mengambil alih kerajaan pusat sebagai langkah menyuburkan semula demokrasi berteraskan perlembagaan dan menyelamatkan rakyat yang kini berdepan masalah ekonomi.

“Pergolakan dan perebutan jawatan Perdana Menteri perlu dilupakan agar sesuatu yang lebih besar dapat diperjuangkan.

Advertisement

“Jika semua ahli parlimen (PH) bersetuju sebenarnya pengiraan matematik kerusi ahli parlimen untuk membentuk kerajaan adalah amat mudah dicapai,” kata Muhamad Said dalam satu kenyataan.

Katanya, PH telah berjaya meningkatkan ekonomi negara dalam masa 22 bulan selain membersihkan pentadbiran kerajaan berdasarkan kajian pelbagai badan piawai dan tranparensi tempatan dan antarabangsa.

“PH telah berjaya meningkatkan imej Malaysia. Indeks rasuah yang berkurangan menyebabkan rakyat dan pelabur luar semakin yakin terhadap ketelusan kerajaan,” ujarnya.

Advertisement

Dalam masa yang sama katanya, kepentingan orang Melayu dan kedudukan agama Islam akan terus terpelihara.

“Selama ini pihak lawan iaitu Barisan Nasional (BN) atau Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) hanya menggunakan fitnah sebagai modal politik mereka kononnya kedua institusi tersebut kini tergugat,” katanya.

Dalam pada itu katanya, PH turut mengangkat peranan golongan profesional dalam lantikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ketika memerintah sebelum ini.

Advertisement

“PH juga telah mengurangkan hutang negara melalui rundingan semula projek mega dan dasar penjimatan yang menyeluruh dalam pentadbiran.

“Hutang negara bermaksud rakyat yang akan terbeban untuk membayarnya dan oleh itu PH sedaya upaya mengurus secara hemah dan telus,” katanya.

Tambahnya, ketelusan ahli parlimen dan Adun PH terbukti melalui langkah pengisytiharaan harta tanpa berdolak dalik.

Advertisement

“Dengan semua sebab itu, jelaslah pemimpin PH perlu mengambil semula kerajaan secepat mungkin agar dapat menegakkan kembali asas perjuangan,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top