BM | EN | 中文

Isu infrastruktur awam, tapak penjaja antara dibangkitkan ahli parlimen Pasir Gudang

hassan-karim-MPPG.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 2 JUL: Isu tapak penjaja di kawasan Pasir Gudang antara isu yang dibangkitkan oleh ahli parlimen kawasan itu, Hassan Karim dalam pertemuannya dengan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Selain itu katanya, beliau turut membawa isu berkaitan infrastruktur dan fasiliti awam di kawasan Pasir Gudang yang menghadapi kerosakan dalam pertemuannya dengan Yang DiPertua MPPG, Zainor Adani.

Kunjungan yang diadakan pada 30 Jun itu turut dihadiri Adun Permas, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh dan Adun Johor Jaya Liow Chi Tung.

Advertisement

“Kami berbincang banyak perkara bagi kepentingan rakyat Pasir Gudang. Ahli Parlimen membawa tiga perkara untuk perhatian dan tindakan MPPG.

“Pertama masalah kesesakan, masalah jalan raya yang berlubang-lubang dalam jagaan MPPG dan masalah lesen berniaga dan tapak perniagaan kepada penjaja-penjaja rakyat tempatan.

“Terima kasih kepada Zainor Adani, YDP MPPG yang telah menerima kunjungan ketiga-tiga wakil rakyat tersebut dan mengadakan perbincangan yang terbuka dan berterus terang berkenaan isu-isu yang dibangkitkan,” kata Hassan.

Advertisement

Terdahulu Hassan turut membuat lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 3 yang terbakar, baru-baru ini.

“Syukur Alhamdulilah tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Sebagai ahli parlimen Pasir Gudang saya memohon supaya Kementerian Pendidikan segera membaiki kerosakan blok bangunan di
sekolah tersebut yang terjejas dengan kebakaran itu,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top