BM | EN | 中文

Isu haiwan liar ceroboh kediaman penduduk perlu ditangani kerajaan negeri

Zainuzabha-Baharom.jpg
Advertisement

PONTIAN, 25 OKT: Susulan tular rakaman video haiwan liar berkeliaran di kawasan penempatan orang ramai, kerajaan Johor digesa mengambil tindakan segera terhadap kejadian tersebut.

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Zainuzabha Baharom berkata, perkara tersebut perlu ditangani bagi menjaga ketenteraman awam di kawasan yang diganggu haiwan tersebut.

“Ada rakaman video yang menunjukkan bahawa haiwan seperti gajah memasuki kawasan taman perumahan dan video lain yang menunjukkan harimau belang di belakang rumah penduduk tempatan.

Advertisement

“Sudah berulang kali parti AMANAH menasihatkan kerajaan mengambil langkah segera bagi menyelesaikan perkara ini namun kerajaan dilihat seperti tidak mengambil sebarang tindakan.

“Kita kesal dengan apa yang terjadi dan perkara ini akan berlarutan sehingga menyukarkan penduduk melakukan aktiviti harian mereka apabila diancam dengan haiwan tersebut,” ujarnya.

Sebelum ini terdapat laporan menunjukkan bahawa haiwan seperti gajah dan harimau belang berkeliaran di kawasan awam dikatakan di daerah Kota Tinggi, Johor.

Advertisement

Menambah hal itu, Zainuzabha menyokong cadangan untuk mengkaji semula kawasan habitat berkenaan yang dibimbangi mengalami kerosakan ekosistemnya.

“Perlu kaji semula kerja-kerja yang membabitkan tempat habitat tersebut dan perkara itu akan membuatkan pelbagai masalah boleh berlaku.

“Kebimbangan ini jelas apabila yang kita maklum terdapat kes kebun serta harta benda awam dirosakkan akibat dari gangguan haiwan liar berkenaan. Selian itu juga terdapat kes yang membabitkan nyawa orang awam.

Advertisement

“Perkara ini perlu dipandang serius dan tindakan segera perlu diambil oleh kerajaan. Kerajaan jangan hanya duduk diam sahaja tanpa berusaha memulihkan keadaan,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top