BM | EN | 中文

Isu gangguan bekalan air ditangani Adun Parit Yaani

SAJ-Parit-Yaani-Aminolhuda-Hassan.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 11 OKT: Isu gangguan bekalan air di Kampung Mohd Noor Batu 5, Jalan Parit Sulong – Yong Peng, menjadi perhatian khusus Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan.

Beliau yang meninjau keadaan di kawasan tersebut telahpun mendapat penerangan dari dua orang pegawai tinggi Syarikat Air Johor (SAJ) dalam satu pertemuan di Masjid Kampung Mohd Noor, semalam.

Aminolhuda Hassan (dua dari kanan) dalam pertemuan bersama pegawai Syarikat Air Johor (SAJ) di Masjid Kampung Mohd Noor

Kata Aminolhuda antara langkah segera yang diambil SAJ adalah dengan menyediakan paip bomba untuk menyalurkan air terus kepada pengguna tanpa pergerakan lori ke rumah-rumah sekiranya berlaku gangguan bekalan.

Advertisement

“Langkah jangka masa panjang, SAJ akan membuat laluan baru bekalan air terus ke Kampung Mohd Noor melalui tangki Bukit Belah Satu.

“Sekarang ini bekalan dari tangki Bukit Belah Dua dengan laluannya ke Pekan Tongkang Pechah terlebih dahulu dibina sebelum mendaki ke Kampung Mohd Noor,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, usaha untuk membantu rakyat di Dun beliau akan terus dipergiatkan dengan tumpuan kepada fasiliti kemudahan rakyat.

Advertisement

“Usaha kita ini adalah bagi memastikan semua kemudahan disampaikan dengan baik kepada rakyat di Dun Parit Yaani.

“Selain kebajikan, antara usaha pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parit Yaani adalah dengan memastikan fasiliti, infrastruktur kemudahan awam dan keperluan rakyat di sini berada dalam keadaan yang baik.

“Saya sedia berkhidmat kepada seluruh rakyat di Dun Parit Yaani bagi membantu mereka hidup dalam keadaan sejahtera,” jelasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top