BM | EN | 中文

Isu Freemason: Tak salah NGO sumbang pelitup muka kepada anggota keselamatan – Polis Perak

freemason-negeri-utara-ipoh-perak-polis.png

Tangkap layar majlis penyerahan 5,000 pelindung muka itu berlangsung di ibu pejabat polis di Ipoh, Perak pada 15 Oktober (Gambar Ehsan Malaysiakini)

Advertisement

IPOH. 23 OKT: Tidak menjadi kesalahan bagi mana-mana pertubuhan agama atau fahaman untuk memberikan sumbangan kepada anggota keselamatan di negara ini, kata Ketua Polls Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Beliau berkata tindakan Persatuan Kebajikan Bintang Utara mewakili pertubuhan Freemason negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia menyumbangkan 5.000 pelindung muka adalah bagi membantu anggota keselamatan yang bertugas sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

“Sebenarnya. tidak menjadi masalah sesiapapun boleh bagi sumbangan kepada pihak kita.

Advertisement

“Lagi pun sumbangan pelindung muka untuk diedarkan kepada pihak polls dalam menghadapi tugasan harian, kita sama-sama berjuang mengekang jangkitan COVID-19 dan mereka tampil ke depan untuk membantu.

“Saya tidak nampak ada sebab kita boleh menghalang mereka daripada memberi sumbangan kepada sesiapa sahaja kerana itu hak mereka,’ katanya, ” lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada seorang pengamal media akhbar berbahasa Tamil, Letchumi Rajoo yang menghidap penyakit angin ahmar di kediamannya di Taman Desa Pengkalan dr sini semalam.

Advertisement

Semalam media melaporkan, Persatuan Kebajikan Bintang Utara yang mewakili pertubuhan Freemason daripada negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia menyalurkan bantuan 5,000 pelindung muka kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polls Kontinjen Perak di Ipoh pada 15 Okt lepas.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top