BM | EN | 中文

Isu doktor kontrak: MP Kuala Krai diminta semak fakta

MP-Kuala-Krai-Latiff-PAS.jpg
Advertisement

LEDANG, 28 JUL: Ahli Parlimen Pas Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman ditempelak apabila mendakwa hanya kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memberi respon dalam isu doktor kontrak.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Azhar Ismail berkata, beliau berharap ahli parlimen Pas itu agar memperbanyakkan ilmu sebelum bercakap.

Kata Azhar, pentadbiran Pakatan Harapan (PH), sebelum ini telah mengadakan rundingan dengan doktor kontrak melalui Menteri Kesihatan ketika itu, Dr Dzulkefly Ahmad.

Advertisement

“Ketika PH memerintah, kita telah berjaya berunding dengan doktor-doktor kontrak ini. Sebanyak 10,675 penjawatanan KKM telah berjaya ditambah untuk menjadi tetap.

“Untuk doktor yang belum mendapat penjawatan tetap, mereka dinaikkan pangkat dari UD41 kepada UD43 sebagai langkah sementara.

“Namun apabila kerajaan PN ambil alih, ia tidak langsung menyentuh soal doktor kontrak ini sehingga mereka terpaksa membuat hartal selepas lebih setahun PN memerintah.

Advertisement

“Ini jelas menunjukkan Abdul Latiff tidak membuat semakkan atau ‘study’ sebelum berucap dalam parlimen. Saya ingin menegur agar Pas jangan jadi seperti anjing belaan Perdana Menteri demi menjaga keselamatan kedudukan mereka hari ini,” jelasnya.

Semalam ahli parlimen PAS itu mempertahankan kerajaan PN yang sebelum ini dikecam kerana mengabaikan kebajikan doktor kontrak junior.

Abdul Latiff berkata, hanya pentadbiran PN mempunyai rancangan komprehensif untuk menyelesaikan masalah dihadapi doktor kontrak yang berlaku sejak zaman BN.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top