BM | EN | 中文

Isu coronavirus, periksa fakta sebelum sebar

IMG-20200201-WA0011.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 FEB: ADUN Skudai, Tan Hong Pin menggesa masyarakat untuk memeriksa kesahihan mana-mana berita khususnya berhubung jangkitan coronavirus sebelum disebarkan kepada orang lain.

Katanya, semua pihak sewajarnya menerima maklumat yang disampaikan pihak berkuasa, iaitu daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Orang ramai perlu menerima maklumat berkaitan daripada pihak profesional seperti World Health Organization dan pakar perubatan.

Advertisement

“Mereka juga diminta untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar khususnya berhubung jangkitan coronavirus.

“Hal ini kerana mana-mana individu yang menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Tambahnya, pihaknya yakin dengan kemampuan dan tindakan yang telah diambil Kementerian Kesihatan berhubung jangkitan coronavirus.

Advertisement

“Langkah ini termasuklah melakukan saringan ujian kesihatan di semua pintu masuk ke negara ini serta penangguhan sementara visa lawatan buat pelancong dari Hubei, China.

“Sehubungan itu, saya menyeru rakyat negeri ini untuk tidak berasa bimbang dan sentiasa ambil langkah pencegahan selain turut mengambil penjagaan kebersihan yang baik,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top