BM | EN | 中文

Isu Bukit Payong: Ahli Parlimen Seri Gading minta penjelasan Jabatan Warisan, KPKT

SHAHRUDDIN-MD-SALLEH.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 31 JUL: Ahli parlimen Seri Gading, Datuk Shahruddin Md Salleh meminta kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Warisan Negara mempertimbangkan semula bagi membatalkan projek tapak pelupusan sisa pepejal di Bukit Payong.

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat pada 29 Julai, Shahruddin berkata bantahan pembinaan pusat pelupusan sisa pepejal di Bukit Payong itu telah dinyatakan penduduk di empat kawasan parlimen berhampiran iaitu Pagoh, Parit Sulong, Batu Pahat dan Seri Gading.

“Saya minta KPKT melihat perkara ini sedalam-dalamnya. Saya ingin juga disini mendapatkan penjelasan dariada Jabatan Warisan Negara

Advertisement

“Bukit Payong ini (dikatakan) nak diwartakan sebagai tapak khazanah warisan negara. Jadi saya nak tahu kesan-kesan sejarah disitu.

“Tak tahu kawasan mana dan berapa besar kawasan, tapi (tapak warisan) di kawasan yang dinyatakan supaya kita dapat pelihara tapak warisan kita,” kata Shahruddin.

Tambah beliau, bantahan orang ramai terhadap pusat pelupusan sisa pepejal Bukit Payong telah berulangkali dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Advertisement

Ini kerana katanya, terdapat banyak masalah yang dinyatakan termasuk pencemaran bau, air, bunyi dan gangguan laluintas lori sampah yang dijangkakan dari seluruh Johor akan mengganggu penduduk di empat kawasan parlimen itu.

“Lori angkut keluar masuk boleh menyebabkan kesesakan dan juga kemalangan kepada kenderaan. (Terdapat) pelajar sekolah (yang) menaiki basikal dan motor.

“Kalau sebesar-besar (lori) datang dari Segamat, Simpang Renggam, Batu Pahat dan Muar masuk ke kawasan itu akan menimbulkan masalah kepada penduduk setempat di empat kawasan parlimen,” katanya.

Advertisement

Terdahulu pada 15 Julai, mahkamah Tinggi Johor Bahru mendengar permohonan semakan kehakiman difailkan Persatuan Alam Warisan Bukit Payung bagi menghentikan kerja-kerja pembinaan tapak sisa pepejal di kawasan itu.

Batu nisan (Batu Aceh) dikatakan berusia 500-600 tahun terletak di utara tapak cadangan pelupusan sampah Bukit Payung (Gambar Ehsan Azlan Sharif)

Persatuan Alam Warisan Bukit Payung memohon suatu perintah certiorari bagi membatalkan keputusan kerajaan Johor dari meneruskan pembinaan tapak sisa pepejal di Bukit Payung.

Difahamkan, pendengaran balas oleh pihak responden akan dibuat pada 29 Julai dan dibalas peguam Persatuan Alam Warisan Bukit Payung pada 12 Ogos.

Advertisement

Sementara itu Gerakan Selamatkan Bukit Payung (GSBP) dalam satu kenyataan berkata, isu pembinaan pusat pelupusan sampah itu mencerminkan bagaimana penduduk dan alam sekitar diketepikan dalam keputusan penting kerajaan.

Isu penentangan penduduk terhadap cadangan pembinaan pusat pelupusan sampah Bukit Payung, berlarutan semenjak 2012 lagi.

Kerajaan BN melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada waktu itu berkata projek berkenaan sudah bermula dengan kontraktor sudah dilantik dan dijangka beroperasi mulai 2020.

Advertisement

Air terjun Bukit Payung (Gambar Ehsan Mohd Ismail Abdul Kadir)

Ia kemudiannya ditangguhkan kerajaan Pakatan Harapan pada Jun 2018 berikutan bantahan berterusan dikemukakan penduduk kawasan berkenaan.

Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin pada September 2019 mendakwa pusat pelupusan sisa pepejal di Bukit Payung terletak jauh dari kawasan yang didakwa mempunyai warisan sejarah dan alam semula jadi.

Seorang pengkaji sejarah bebas dan aktivis masyarakat, Mohd Azlan Mohd Sharif mendakwa, ada fosil tumbuhan yang dijangkakan berusia jutaan tahun ditemukan di kawasan itu.

Advertisement

Selain itu terdapat Batu Aceh (batu nisan) berusia 500-600 tahun terletak di utara tapak cadangan pelupusan sampah Bukit Payung.

Menurut beliau, terdapat juga pemakaman Bukit Inas di mana pernah ditemukan lapan batu Aceh berusia di antara 500 hingga 600 tahun dan kewujudannya direkodkan dalam buku ‘Batu Aceh Warisan Sejarah Johor’ terbitan Yayasan Warisan Johor (YWJ) pada 1999.

Selain dikatakan tapak geologi berusia jutaan tahun, kawasan Bukit Payong tidak jauh dari lokasi pertempuran tentera British dengan Jepun di Parit Sulong pada perang dunia kedua dan lokasi terhempasnya pesawat Wirraway di hutan Inas pada 19 Januari 1942.

Advertisement

Bukit Payong juga dikenali sebagai lokasi pendakian ketinggian sederhana, laluan pertandingan rentas desa yang turut memiliki air terjun dan dusun buah-buahan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top