BM | EN | 中文

Isu audio tular: “Saya tak boleh beri apa-apa reaksi” – Khaled Nordin

zahid-hamidi-khaled-nordin.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 APR: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin enggan mengulas mengenai isu rakaman audio yang dikatakan antara presiden partinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Presien PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, isu rakaman audio perbualan tersebut perlu diserahkan kepada pihak polis untuk disiasat, bagi memastikan perkara berkenaan dapat diketahui kebenarannya.

“Saya ada dengar, tapi saya bukan polis Saya antara pimpinan tertinggi, saya ada saluran sendiri jadi saya tidak boleh beri apa-apa reaksi atau komen.

Advertisement

“Berhubung isu ini kena tanya empunya badan sendiri, katanya (Ahmad Zahid) mahu buat laporan polis, kalau ya, biarkan polis untuk menyiasat.

“Mereka (parti) hanya mahu tahu kebenaran, dalam politik ini orang cari peluang sahaja kadang kadang perkara kecil jadi besar, jadi macam-macam perkara berlaku.

“Soalnya, kalau ada report polis biar isu itu disiasat, katanya.

Advertisement

Terdahulu Bernama melaporkan Khaled berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Insentif Agenda Johor Berkebajikan E-Kasih 2021 di Johor Bahru semalam.

Ditanya sama ada sudah mendengar rakaman audio perbualan itu, Mohamed Khaled berkata, beliau ada mendengar audio berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top