BM | EN | 中文

ISU AIR DENGAN SINGAPURA, JOHOR SEDIA JADI ORANG TENGAH

IMG-20191112-WA0048.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 12 NOV : Kerajaan negeri bersedia menjadi orang tengah antara kerajaan persekutuan dan Singapura berkenaan rundingan semula bagi Perjanjian Air 1962.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, mengadakan rundingan semula itu dianggap satu langkah positif dalam menyelesaikan isu tersebut secara berhemah.

Advertisement

“Saya memandang ini merupakan satu langkah yang positif untuk negeri Johor yang mana perjanjian ini dapat membantu.

“Bila tarif dia naik, automatik hasil negeri Johor juga akan naiklah. Kita harap langkah ini memberi kesan positif kepada negeri Johor, Insya-Allah.

“Kerajaan negeri bersedia menjadi orang tengah antara Federal (Persekutuan) dan kerajaan Singapura. Isu-isu sebegini diharap dapat diselesaikan secara berhemah,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang Rundingan Perjanjian Air 1962 di antara Malaysia dan Singapura masih boleh dijalankan walaupun republik itu mendakwa negara kehilangan hak terbabit kerana tidak melakukan semakan harga air yang sepatutnya dibuat pada 1987 dan 2012.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar berkata, dakwaan Singapura kononnya Malaysia hilang hak untuk menyemak semula harga penjualan air mentah itu adalah tidak tepat.

Sebaliknya, jelas beliau, pihak Jabatan Peguam Negara mengesahkan Malaysia masih mempunyai hak berbuat demikian setiap tahun selepas 25 tahun dari tarikh Perjanjian 1962 itu ditandatangani.

Advertisement

Terdahulu, Dr Sahruddin hadir sesi temubual khas Selekti Konti Radio RTM bersama Menteri Besar Johor sempena Pra Belanjawan Johor 2020, di sini, hari ini.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top